NASIHAT KUBUR – LUANGKAN MASA 2 MINIT MEMBACANYA.SEMOGA BERMANFAAT..

NASIHAT KUBUR – LUANGKAN MASA 2 MINIT MEMBACANYA.SEMOGA BERMANFAAT..

Semua Yang Hidup Pasti Mati .. Nasihat Kubur untuk kita entiasa mengingati MATI- Jika anda Takut ALAM KUBUR ..Anda WAJIB Luangkan Masa tak lama dalam 2 Minit untuk membacanya dan TEKAN SHARE agar lebih ramai umat Islam sentiasa akan mengingati MATI .. Wallahualam

Semua Yang Hidup Pasti Mati .. Nasihat Kubur – Luangkan Masa 2 Minit membacanya.
Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR’AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA ..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah “LAILAHAILALLAH” …

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. “(Surah Ali Imran 3: 185)

Sumber: Sumber Maklumat

Sejarah Al Quran dari memori Al Hafiz kepada bentuk kitab suci

Sejarah Al-Quran: Dari Memori Al-Hafiz Kepada Bentuk Kitab Suci

Al-Quran atau Koran menurut Barat adalah kitab suci bagi umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril. Al-Quran adalah kalam Allah, yakni kata-kata Allah.

Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lebih kurang 22 tahun, bermula pada sekitar bulan Ramadhan tahun 610 AD, hinggalah ke tahun kewafatan Nabi Muhammad S.A.W pada 632 AD.

Ayat pertama yang diturunkan menuntut Nabi Muhammad S.A.W untuk membaca. Surah tersebut dikenali sebagai Surah Al-Alaq. Antara kandungannya adalah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sumber Foto: amanz.my

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Nabi Muhammad S.A.W.

A still-life image of Quran (Holy Book of Muslims) on dark black background, with sprinkles falling on.Sumber Foto: me.me

Pada waktu ketika Al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W. membuat pengaturan istimewa bagi memastikan ayat-ayat suci ini ditulis.

Walaupun baginda sendiri tidak boleh menulis mahupun membaca, baginda melafazkan ayat-ayat suci ini dan mengarahkan penyalin-penyalin menulis wahyu ini ke atas apa-apa bahan yang ada, termasuklah pada dahan-dahan pokok, batu, kulit dan tulang.

Penyalin ini kemudiannya akan membaca semula penulisan tersebut kepada baginda bagi menyemak sekiranya berlaku apa-apa kesilapan.

Setiap kali ayat-ayat atau surah baharu diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W. akan mengarahkan penyalin untuk menambah ke wahyu tersebut ke dalam teks sedia ada.

Pada ketika kewafatan baginda, seluruh Al-Quran telah berjaya disalin sepenuhnya dalam bentuk penulisan. Namun, ia bukan dalam bentuk buku. Ianya direkodkan pada medium-medium yang berlainan, dan disimpan oleh para sahabat Rasul Allah itu.

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Khalifah Abu Bakar


Sumber Foto: en.wikipedia.org

Ketika baginda masih hidup dan selepas kewafatan baginda, adalah menjadi suatu kebiasaan untuk umat Islam pada ketika itu untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kerana masih belum wujud al-Quran dalam bentuk kitab seperti hari ini.

Nota: Mereka yang menghafal Al-Quran turut dikenali sebagai Al-Hafiz.

Walaupun bukan semua umat Islam menghafal keseluruhan Al-Quran, terdapat beratus-ratus para sahabat baginda yang menghafal kesemuanya. Kebanyakan umat Islam pada ketika itu mempunyai rekod peribadi penulisan Al-Quran pada pelbagai bahan.

10 tahun selepas Hijrah (632 AD), ramai daripada penyalin-penyalin dan mereka yang alim telah terbunuh Perang Yamama.

Masyarakat meratapi kehilangan pejuang-pejuang Islam ini, namun mereka juga risau tentang pemeliharaan jangka panjang ayat-ayat Al-Quran.

Menyedari bahawa kalam Allah ini perlu dijaga dengan baik, Khalifah Abu Bakr mengarahkan kesemua salinan Al-Quran dikumpul dan disusun.

Projek ini telah diatur dan diselia oleh salah seorang orang penting dalam penyalinan sebelum ini, iaitu Zayd bin Thabit.

Proses penyusunan dan kompilasi Al-Quran daripada salinan-salinan sedia ada dilakukan dalam 4 langkah:

Zayd bin Thabit akan mengesahkan setiap ayat melalui hafalan dan ingatan beliau sendiri.
Khalifah Umar Al-Khattab juga akan mengesahkan setiap ayat melalui hafalan dan ingatan beliau sendiri.
2 orang saksi perlu membuktikan ayat yang disalin sebelum ini adalah dengan kehadiran Nabi Muhammad S.A.W..
Salinan ayat-ayat yang telah disahkan akan disemak dan disusun bersama salinan yang ada dalam koleksi para sahabat.

Kaedah pengesahan dan penyemakan semula lebih daripada satu sumber telah dilakukan dengan berhati-hati.

Tujuan kaedah ini adalah untuk menghasilkan sebuah dokumen yang tersusun di mana keseluruhan masyarakat boleh membuat rujukan dan pengesahan sebagai sebuah sumber yang boleh dipercayai.

Teks lengkap Al-Quran ini kemudiannya disimpan oleh Khalifah Abu Bakr dan diserahkan kepada khalifah berikutnya, iaitu Umar Al-Khattab.

Selepas Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, teks tersebut diserahkan pula kepada anak perempuan beliau iaitu Hafsah (balu Nabi Muhammad S.A.W.).

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Khalifah Uthman bin Affan


Sumber Foto: me.me


Sumber Foto: islamicity.org

Apabila Islam mula tersebar ke seluruh semenanjung Arab, makin ramai orang mula memeluk agama tersebut, dan ada sebahagian daripadanya yang berasal daripada Empayar Parsi dan Byzantine.

Ramai daripada mualaf (mereka yang baru memeluk Islam) ini tidak bercakap bahasa Arab kerana bahasa tersebut bukanlah bahasa ibunda mereka.

Ada juga yang boleh berbahasa Arab, namun dengan dialek tersendiri dan sebutan yang berbeza daripada kaum-kaum di Makkah dan Madinah. Disebabkan perbezaan ini, berlaku pertikaian tentang sebutan yang betul dalam pembacaan Al-Quran.

Khalifah Uthman bin Affan adalah individu yang bertanggungjawab memastikan bacaan Al-Quran dalam sebutan yang betul dan standard.

Langkah pertama yang diambil beliau adalah meminjam teks Al-Quran yang telah disusun sebelum ini daripada Hafsah.

Sebuah jawatankuasa penyalin yang diwujudkan sebelum ini telah ditugaskan untuk membuat transkrip-transkrip daripada salinan asal dan memastikan urutan surah yang betul.

Apabila transkrip salinan asal ini selesai, Khalifah Uthman mengarahkan kesemua transkrip lain untuk dihapuskan bagi memastikan hanya satu standard Al-Quran digunakan oleh generasi mendatang.

Al-Quran yang digunakan sehingga hari ini adalah daripada versi Uthmani. Kompilasi versi tersebut selesai dalam tempoh kurang daripada 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W..

Tidak lama kemudian, terdapat sedikit penambahan dibuat dalam skrip bahasa Arab, iaitu penggunaan titik-titik dan tanda-tanda diakritik bagi memudahkan mereka yang bukan berbangsa Arab untuk membaca.

Namun, teks dan isi Al-Quran tetap sama dan tidak pernah berubah walau sedikitpun sejak ia diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Malaikat Jibril daripada Allah S.W.T..


Sumber Foto: knowmuhammad.org

Rujukan:

santriuniversitas.blogspot.my
thoughtco.com

Sumber: Iluminasi

10 Alasan Kenapa Laki-Laki Harus Shalat Berjamaah Di Masjid..JOM SHARE!!!

10 Alasan Kenapa Laki-Laki Harus Shalat Berjamaah Di Masjid

.
Memang ada ikhtilaf ulama apakah Wajib Ain bagi laki-laki hukumnya shalat berjamaah di masjid atau hukumnya sunnah saja. Akan tetapi, mohon maaf, kami memilih pendapat terkuat hukumnya wajib. Dengan beberapa alasan berikut:
.
1. Allah yang langsung memerintahkan dalam al-Quran agar shalat berjamaah.
.
2. Saat-saat perang berkecamuk, tetap diperintahkan shalat berjamaah. Maka apalagi suasana aman dan tentram. Dan ini perintah langsung dari Allah dalam al-Quran
.
3. Orang buta yang tidak ada penuntut ke masjid tetap di perintahkan shalat berjamaah ke masjid jika mendengar adzan, maka bagaimana yang matanya sehat?
.
4. Wajib shalat berjamaah di masjid jika mendengar adzan
.
5.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan ancaman kepada laki-laki yang tidak shalat berjamaah di masjid dengan membakar rumah mereka.
.
6.Tidak shalat berjamaah di masjid di anggap “munafik” oleh para sahabat.
.
7. Shalat berjamaah mendapat pahala lebih banyak
.
8. Keutamaan shalat berjamaah yang banyak
.
9. Tidak shalat berjamaah akan dikuasai oleh setan
.
10. Amal yang pertama kali dihisab adalah shalat, jika baik maka seluruh amal baik dan sebaliknya, apakah kita pilih shalat yang sekedarnya saja atau meraih pahala tinggi dengan shalat berjamaah?
.
Imam Asy Syafi’i berkata,
.
وأما الجماعة فلا ارخص في تركها إلا من عذر
.
“Adapun shalat jama’ah, aku tidaklah memberi keringanan bagi seorang pun untuk meninggalkannya kecuali bila ada udzur.”[15]

Wallahuallam

sumber:Ukhwah Islamiyah