Nak Ke 10 Universiti Terbaik Dunia Dengan Biasiswa Penuh? Lelaki Ini Kongsikan Caranya.

Nak Ke 10 Universiti Terbaik Dunia Dengan Biasiswa Penuh? Lelaki Ini Kongsikan Caranya.

Perkongsian ini ditulis oleh teman rapat penulis yang pernah belajar di Imperial College London, United Kingdom. Artikel ini bertujuan memberi pencerahan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya ke universiti-universiti terbaik dunia, tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Juga untuk berkongsi tips-tips bagi mendapatkan biasiswa penuh, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Kebanyakan universiti di dalam senarai 10 Universiti Yang Diiktiraf Terbaik Dunia didominasi oleh 2 negara, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Pengalaman saya adalah berdasarkan permohonan ke universiti di United Kingdom (UK). Namun, saya akan turut kongsikan ringkasan cara memohon ke universiti di AS.

Sepanjang penulisan ini, terma Ivy League digunakan bagi merujuk 10 universiti terbaik dunia.
1. Pemilihan Universiti & Jurusan Yang Bakal Diambil.

Langkah pertama dalam keseluruhan proses ini adalah memilih universiti dan subjek yang bakal diambil. Keperluan mengkaji sedalamnya berkenaan subjek dan universiti adalah agar tidak menyesal di kemudian hari. Ada kawan saya yang menyesal kerana tersalah pilih jurusan dan universiti.

Sesetengah universiti Ivy League hanya bagus dalam subjek-subjek tertentu. Contohnya, University of Oxford mempunyai kelebihan dalam kesusasteraan. University of Cambridge dan Imperial College London mempunyai kekuatan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.

Nasihat saya, pilih jurusan kerana minat dan bukan hanya sekadar berdasarkan kedudukan universiti semata-mata. Kaji jurusan yang diingini sedalam-dalamnya.

Jika ingin menjadi seorang akauntan suatu hari nanti, cari mereka yang telah menjadi akauntan, dan minta mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri. Begitu juga dengan jurutera, doktor, ahli kimia dan sebagainya.

Ini adalah penting kerana dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu kerjaya.
2. Penyediaan Dokumen Permohonan Ke Universiti.

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon ke universiti Ivy League. Antara dokumen yang diperlukan adalah:

Keputusan peperiksaan semasa / penuh seperti A-level, foundation, matrikulasi, STPM, dan yang sebandingan untuk permohonan Ijazah Sarjana Muda. Bagi permohonan Sarjana dan PhD perlu keputusan/sijil Ijazah.

Keputusan ujian khas bahasa Inggeris iaitu International English Language Testing System (IELTS). MUET tidak diterima di luar negara. Namun terdapat kes-kes tertentu di mana keperluan bahasa Inggeris dapat dikecualikan dalam permohonan kerana pemohon dapat meyakinkan universiti tentang pembelajaran subjek di Malaysia dalam bahasa Inggeris dan ia mencukupi.

Personal Statement iaitu esei mengenai diri. Penulisan perlulah mantap dan mencerminkan sebab yang kuat berkenaan pemilihan jurusan dan universiti, serta aspirasi hidup.

Resume perlulah ringkas dan padat. Disyorkan tidak melebihi 2 muka surat. Fokus kepada pencapaian tertinggi sahaja.

Surat sokongan daripada guru kolej atau universiti.

Sijil-sijil pencapaian khas seperti wakil Malaysia dan sebagainya.

Sesetengah universiti Ivy League mewajibkan temuduga sebagai salah satu proses permohonan, selalunya melalui video call. Keyakinan diri adalah kunci untuk melepasi temuduga tersebut. Perlulah juga bersedia sebelum sesi tersebut.

Selain dokumen, jangan lupa bahawa lain universiti lain tarikh buka/tutup permohonannya. Kebanyakan universiti di UK membuka permohonan seawal September untuk sesi pendaftaran tahun berikutnya.

Permohonan bagi Ijazah Sarjana Muda perlu melalui satu sistem pusat iaitu UCAS. Bagi permohonan Sarjana dan PhD, permohonan selalunya perlu dibuat terus ke universiti yang berkenaan.
3. Permohonan Biasiswa Penuh Ke Luar Negara.

Tanpa biasiswa, adalah mustahil bagi saya untuk ke melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara kerana kos yuran pengajian dan sara hidup yang tinggi di sana.

Terdapat banyak biasiswa yang boleh dipohon untuk ke universiti luar negara, termasuklah universiti Ivy League, sama ada melalui biasiswa kerajaan Malaysia, syarikat swasta di Malaysia, mahupun biasiswa oleh kerajaan luar dan lain-lain.

Antara biasiswa yang boleh dipohon termasuklah:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pinjaman Boleh Ubah MARA.
Yayasan Khazanah.
Maybank Foundation.
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong.
Laman sesawang bagi lain-lain biasiswa syarikat Malaysia ke luar negara KLIK SINI.
Laman sesawang bagi biasiswa kerajaan luar ke luar negara KLIK SINI.

Sesetengah universiti Ivy League mempunyai kerjasama dengan syarikat luar negara, di mana syarikat ini turut menyediakan biasiswa untuk belajar di universiti berkenaan. Malah, ada juga universiti yang turut menyediakan biasiswa mereka sendiri. Terdapat terlalu banyak biasiswa di luar sana tersedia untuk dipohon. Google saja, banyak pilihan menanti.
Permohonan Ke Universiti Ivy League di Amerika Syarikat.

Secara umumnya, permohonan ke universiti Ivy League di AS lebih kurang sama dengan di UK, perbezaan paling ketara adalah keperluan bagi menduduki peperiksaan sama ada Scholastic Aptitute Test (SAT) ataupun American College Testing (ACT). SAT dan ACT merupakan peperiksaan persediaan yang sebandingan dengan A-level dan lain-lain. SAT dan ACT masih wajib diduduki bagi pelajar antarabangsa walaupun telah mempunyai kelayakan setaraf.

Peperiksaan bahasa Inggeris yang diperlukan di AS adalah Test of English as A Foreign Language (TOEFL) dan bukannya IELTS. Namun, IELTS masih diterima oleh sesetengah universiti AS.

Permohonan ke AS dilihat lebih leceh kerana lebih tegas dan kadar penerimaan masuk pelajar antarabangsa adalah lebih rendah berbanding universiti di UK.
Kesimpulan

Jangan Putus Asa Dan Terus Berusaha

Usaha adalah kunci kejayaan. Dahulunya, saya berasakan untuk diterima masuk ke universiti Ivy League dengan biasiswa penuh adalah sesuatu yang mustahil kerana dilihat terlalu sukar. Tetapi, setelah melaluinya, tidaklah sesukar yang disangka. Hanya perlu berusaha, dan jangan putus asa. Tidak lupa selalu untuk memohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan.

Pengiktirafan STPM dan Matrikulasi Oleh Universiti Luar Negara

Sebenarnya ramai tidak sedar bahawa dengan keputusan STPM dan matrikulasi mereka boleh mendapatkan tawaran ke universiti Ivy League. Caranya, telefon atau email universiti berkenaan permohonan, mereka selalunya akan respon dalam masa 24 jam atau 48 jam (Ya, sangat efisyen). Tanya sekiranya mereka menerima STPM atau matrikulasi dalam permohonan.

Jangan pandang rendah kepada mereka yang ke pra-U untuk mengambil STPM kerana STPM lebih diiktiraf di luar negara berbanding kelayakan yang lain di Malaysia.

Temuduga Universiti Dan Biasiswa

Boleh dikatakan temuduga merupakan sebahagian daripada proses permohonan universiti dan biasiswa. Namun, tidak perlu gentar, kerana panel penemuduga juga manusia.

Keyakinan diri dan sentiasa merendah diri sebagai kunci utama untuk berjaya dalam sesi temuduga. Tapi perlulah melakukan persediaan sebelum menghadiri sesi tersebut.

Pengalaman Belajar Di Luar Negara

Sedikit pengalaman belajar di luar negara adalah sesuatu yang pasti saya akan ingat sampai bila-bila. Banyak yang telah dipelajari, kenangan pahit manis yang mengajar erti kehidupan.

Pendedahan dengan dunia luar banyak membuka minda dan memberikan perspektif yang berlainan terhadap banyak perkara. Kekuatan mental dan emosi perlu bagi menghadapi segala cabaran yang tidak pernah terduga. Insyallah sekiranya ada peluang saya akan kongsikan pengalaman saya nanti.

SUMBER:ILUMINASI

Ini Sebab Otak Albert Einstein Lebih Genius Daripada Orang Biasa

Ini Sebab Otak Albert Einstein Lebih Genius Daripada Orang Biasa

Albert Einstein boleh dikatakan ahli fizik paling hebat pada abad ke-20 dan kepintarannya yang luar biasa telah lama membuatkan orang awam dan juga para saintis terpinga. Beliau merupakan antara manusia yang mempunyai IQ tertinggi dalam sejarah manusia.

Antara penemuan paling terkenal yang dilakukan oleh Albert Einstein adalah teori relativiti E=Mc^2. Namun, apakah yang membuatkan beliau begitu genius, berbanding orang lain?

Saintis neurologi telah lama mengesyaki bahawa otak Albert Einstein adalah tersangat unik. Ketika masih hidup, ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini. Disebabkan itu, beliau mendesak dan membenarkan otaknya untuk digunakan dalam kajian selepas kematiannya.

Pada 18 April 1955, 8 jam selepas kematiannya, otak Albert Einstein dikeluarkan dan dipelihara. Ahli patologi, Thomas Harvey membuat sampel dan seksyen terhadap otak tersebut. Ketika itu, Thomas melaporkan bahawa beliau tidak menemui apa-apa yang luar biasa. Variasi otak Albert Einstein berada dalam lingkungan variasi manusia biasa.

Kajian terbaru yang dilakukan adalah yang pertama memperincikan bahagian corpus callosum dalam otak Einstein. Corpus callosum adalah serat gentian saraf tebal yang memisahkan serebrum otak kepada 2 bahagian iaitu hemisfera kiri dan kanan.

Perhubungan ini membolehkan kedua-dua hemisfera otak untuk berkomunikasi, termasuklah penghantaran maklumat motor, deria, dan kognitif. Kajian tersebut dilakukan oleh WeiWei Men dari Jabatan Fizik di East China Normal Universiti yang mencipta teknik terbaru untuk mengukur dan membandingkan perbezaan ketebalan corpus callosum.

Bagi melakukan sesuatu aktiviti, kedua-dua bahagian otak dihubungkan dan ia dilakukan dengan menyeberangi corpus callosum. Jadi semakin tebal corpus callosum, semakin kuat hubungan komunikasi bagi bahagian-bahagian tertentu oleh kedua-dua hemisfera otak.

Bagi otak Einstein, corpus callosum beliau mempunyai hubungan yang sangat kuat di antara 3 bahagian otak yang menarik iaitu prefrontal cortex (kawal pemikiran abstrak dan membuat keputusan), lobus parietal (deria dan fungsi motor) dan korteks visual (visualisasi).
Lobus parietal 15% lebih besar

Gambar di atas menunjukkan perbandingan otak normal dan otak Einstein. Pada otak normal terdapat bahagian yang dipanggil operculum parietal dan inferior parietal lobe (kebolehan matematik dan pertimbangan visual). Namun, bahagian operculum parietal tidak kelihatan dalam otak Einstein dan membuatkanbahagian ini inferior parietal lobe membesar 15% daripada biasa.

Kajian ini diterbitkan dalam The Lancet, sebuah jurnal British. Para saintis mempercayai bahawa penemuan ini menjelaskan mengapa beliau genius. Ia kerana teori kepintaran berkait dengan fungsi lobus parietal, terutamanya ciri-ciri yang melibatkan kognisi visual-spasial, idea matematik, dan imej pergerakan.

Jadi, adakah corpus callosum yang berhubung dengan sangat baik ini menyumbang kepada Einstein yang genius? Kemungkinan besar. Bukan itu sahaja, malah, otak Einstein juga mempunyai nisbah sel glial yang sangat tinggi berbanding individu biasa, serta korteks prefrontal yang bersaiz luar biasa.

Jika digabungkan, ciri-ciri ini membuatkan Einstein mempunyai kebolehan visuosptaial dan matematik yang sangat menakjubkan, termasuk kecenderungan untuk berfikir ketika bereksperimen.

Rujukan :

1. io9

2. Academic

3. History

Sumber: Iluminasi

10 jawatan yang memerlukan tahap IQ lebih tinggi daripada pekerjaan lain

10 jawatan yang memerlukan tahap IQ lebih tinggi daripada pekerjaan lain

Bagi memenuhi keperluan sesetengah pekerjaan, keupayaan untuk datang kerja tepat pada masanya dan menyelesaikan tugasan sahaja masih belum mencukupi. Ada majikan yang mahukan pekerja yang mampu untuk berfikir di luar kotak. Mereka mahu pekerja mampu memasang strategi dan membangunkan kaedah baru dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

Ada juga majikan yang memerlukan kakitangan dengan kepintaran dan keupayaan berfikir yang luar biasa. Walaupun nilai IQ tidak selalunya tepat, namun ia masih boleh membantu para majikan membuat penilaian untuk mengambil seseorang bekerja.
IQ dan kerjaya

IQ merupakan singkatan bagi intelligence quotient atau darjah kecerdasan otak yang mengukur kepintaran individu. Skor atau nilai IQ dibuat berdasarkan ujian dan kebanyakan orang memperolehi markah antara 85 sehingga 115. Jika anda mendapat skor melebihi 125, anda mempunyai nilai IQ yang lebih tinggi daripada orang biasa. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keputusan ujian-ujian ini tidaklah selalunya tepat.

Sesetengah kerjaya memerlukan tahap kepintaran seseorang melebihi orang biasa. Ia bukan sekadar memerlukan pengambilan ujian IQ yang mudah dan memperolehi skor yang tinggi, namun kajian oleh University of Wisconsin mendapati mereka yang memiliki tahap IQ tinggi berkecenderungan memilih pekerjaan-pekerjaan berikut.

1. Doktor dan pakar bedah

Menjadi seorang doktor bermakna seseorang perlu menjalani kerja yang sangat mencabar. Memandangkan para doktor perlu mengambil masa bertahun-tahun pengajian sebelum memasuki alam pekerjaan, ia bermakna mereka memerlukan semangat yang lebih banyak dan kecerdasan yang lebih tinggi daripada biasa.

2. Profesor kolej

Untuk menjadi seorang profesor, anda perlu memegang ijazah peringkat tinggi dan mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang. Untuk mencapai tahap ini, seseorang perlu perlu menjadi pemikir dan mampu menyerap ilmu pengetahuan seperti span.

3. Jurutera elektrik

Kerjaya dalam bidang kejuruteraan bukan mudah untuk dimiliki. Seperti kebanyakan bidang yang memerlukan pengkhususan yang tinggi, seorang jurutera perlu belajar dengan lebih gigih dan berupaya berfikir secara abstrak yang bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Jadi, mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan, terutama sekali jurutera elektrik, kebiasaannya mempunyai kepintaran yang lebih hebat daripada mereka dalam bidang lain.

4. Peguam

Pemikiran abstrak dan keupayaan untuk mengimbas kembali maklumat yang banyak pada satu-satu masa merupakan kriteria untuk menjadi seorang peguam yang baik. Oleh sebab itulah bukan semua orang mampu untuk menceburi bidang ini. Peguam kebiasaannya merupakan golongan cerdik pandai. Jika anda biasa menonton rancangan TV seperti Law and Order atau drama prosedur jenayah yang lain, anda pasti faham mengapa.

5. Saintis

Ahli sains merupakan suatu istilah yang amat melias untuk menggambarkan pelbagai jenis kerjaya. Seorang saintis boleh bekerja dalam bidang kesihatan, teknologi atau apa jua bidang yang anda fikirkan. Walau apa jua bidang yang diceburi, mereka memerlukan kepintaran untuk menyelesaikan masalah yang rumit dan memberi jalan penyelesaian yang logik.

6. Jurutera bahan dan reka bentuk

Ini satu lagi cabang dalam bidang kejuruteraan. Seorang jurutera bahan dan reka bentuk perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai pelbagai subjek termasuklah sains dan matematik. Bagi orang biasa, mereka mungkin tidak mampu untuk mencapai tahap kelayakan IQ yang diperlukan.
7. Profesional perisian dan IT
kerjaya it dan perisian iq tinggi

Di kebanyakan bandar besar, para pekerja syarikat teknologi seringkali memperolehi pendapatan yang lumayan. Hal ini demikian kerana mereka perlu memiliki kepintaran yang laur biasa untuk menangani masalah yang dihadapi oleh syarikat seperti berfikir satu langkah ke hadapan dan sentiasa menepati kehendak pengguna.

8. Jurujual

Anda mungkin tidak menyangka jawatan ini termasuk dalam senarai. Sebenarnya anda tidaklah perlu menjadi terlalu pintar untuk memasuki bidang jualan. Namun, apabila difikirkan, menjadi seorang jurujual yang hebat adalah lebih mudah sekiranya anda seorang yang bijak. Anda boleh mengaplikasikan pelbagai strategi psikologi dan memahami produk dan perkhidmatan dengan lebih mendalam.

9. Pegawai kewangan

Jika anda menonton Bloomberg, membaca artikel atau apa-apa bahan bacaan berkaitan kewangan, anda mesti sukar memahami pelbagai jargon dan huraian yang digunakan. Kerumitan dalam sektor kewangan inilah yang menyebabkan individu dengan kepintaran tinggi dan benar-benar bersemangat waja sahaja mampu menjejakkan kaki ke Wall Street.

10. Ejen hartanah

Seperti jurujual, ini lagi satu jawatan yang memeranjatkan termasuk dalam senarai. Para profesional dalam bidang hartanah kebiasaannya lebih bijak daripada orang biasa, menurut kajian sumber artikel ini. Seorang ejen hartanah perlu mempunyai pelbagai kemahiran – mereka perlu menjadi seorang jurujual, mempunyai ilmu berkaitan kewangan dan perbankan, mengetahui beberapa perkara berkaitan reka bentuk dan kejuruteraan selain faham selok-belok undang-undang yang berkaitan.

Rujukan:

1. Chron

2. IQ Comparison Site

3. University of Wisconsin

Sumber: Iluminasi

Mengapa Kita Selalu Gagal Melepasi Proses Temuduga Mencari Pekerjaan?

Mengapa Kita Selalu Gagal Melepasi Proses Temuduga Mencari Pekerjaan?

tips temuduga

Dalam hidup kita, ada banyak situasi di mana kita perlu membentang maklumat-maklumat tentang hidup kita yang diperlukan untuk penilaian orang lain. Terutamanya semasa anda memohon pekerjaan. Resume menjadi dokumen sokongan bagi memudahkan kita menjelaskan siapa kita dan kenapa kita layak menjawat jawatan tersebut, namun penilaian tetap dibuat berdasarkan bagaimana reaksi dan perlakuan kita semasa

Tahukah anda, ada perbezaan besar di antara cara kita menilai diri kita sendiri berbanding penemuduga, setiap kali sesuatu temuduga itu berlangsung. Perbezaan besar dalam bentuk psikologi inilah yang kerap menjadi punca kenapa kita selalu gagal temuduga.

SALAH TANGGAPAN PEMOHON TERHADAP PENEMUDUGA

Dalam satu kajian tahun 2012 yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Research, tulisan Kimberlee Weaver, Stephen Garcia dan Norbert Schwartz dari University of Chicago, mereka mendapati wujud satu paradok yang membezakan cara kita menilai diri kita dan individu lain menilai diri kita. Perbezaan itu dikategorikan dalam dua kumpulan.

Kaedah pertama adalah dengan menggunakan kaedah penambahan atau additive di mana data individu digabungkan dalam membentuk satu penilaian secara menyeluruh. Andaikan seseorang perlu menilai individu lain menggunakan kaedah additive, data yang terkandung dalam bentuk resume akan banyak membantu seseorang melakukan penilaian lebih positif, kerana resume pasti hanya akan mengandungi maklumat yang kita berani letak dengan tujuan untuk menambah nilai diri kita.

Kaedah kedua pula adalah kaedah purata atau averaging yang membuatkan seseorang individu akan memandang negatif mana-mana maklumat positif yang didapati tidak setara dengan maklumat positif lain yang lebih penting, sehinggakan tahap persepsi seseorang berubah menjadi lebih rendah daripada biasa.

PRESENTER’S PARADOX

Dalam kajian tersebut, mereka mendapati kerap berlaku satu perkara yang tidak dijangka berlaku dalam setiap temuduga dan interaksi calon dengan penilai yang digelarkan ‘presenter’s paradox.’

Apa yang selalunya berlaku dalam sesuatu temuduga, pemohon akan menggunakan kaedah additive; menceritakan pelbagai perkara positif tentang diri sendiri, sehinggakan menyebut perkara-perkara yang kurang relevan yang pemohon rasakan perlu disebut, dengan harapan penilai akan lebih terpikat.

Berlainan pula dengan penilai-penilai yang menjadi peserta kajian, dilihat lebih kerap menggunakan kaedah purata atau averaging, dengan tidak mengambil kira maklumat positif yang dirasakan tidak menarik atau perlu, sebagai maklumat yang hanya akan merendahkan lagi peluang untuk seseorang pemohon diterima.

JANGAN ‘SYOK SENDIRI’

Dalam kajian yang mereka jalankan menggunakan teknik pemasaran sebagai eksperimen, peserta yang bertindak sebagai ejen jualan diminta untuk memilih apakah kaedah jualan sebuah pemain audio digital yang lebih berkesan.

Ada dua pilihan berbentuk positif diberikan yang dirasakan efektif, sama ada storan lebih besar atau muat turun satu lagu secara percuma. Peserta diminta memilih kaedah mana yang dirasakan lebih berkesan dalam meningkatkan jualan pemain audio tersebut.

Penyelidik meletakkan storan lebih besar sebagai lebih positif berbanding muat turun lagu walaupun kedua-duanya positif, kerana kos yang diperlukan untuk menambah storan lebih tinggi berbanding memberi muat turun satu lagu secara percuma.

Hampir 90% peserta memilih menjual pemain audio dengan muat turun satu lagu lebih berkesan pada mereka.

Sebagai imbangan eksperimen, kumpulan kedua diwujudkan untuk bertindak sebagai panel penilai, bagi menetapkan harga yang mereka rasakan sesuai untuk pemain audio yang sama. Perbezaan kali ini, kumpulan kedua ini dibahagikan kepada dua, dengan satu kumpulan menetapkan harga pemain audio itu tanpa pakej tambahan dan kumpulan lagi satu menetapkan harga pemain itu dengan satu muat turun lagu secara percuma.

Majoriti peserta kajian didapati sanggup membayar harga lebih tinggi bagi pemain audio sahaja, jika dibandingkan dengan pemain audio beserta pakej muat turun lagu secara percuma.

Mengapa situasi itu berlaku?

KEEP IT SIMPLE LAH!

Eksperimen itu menunjukkan apabila seseorang itu mempersembahkan sesuatu seperti kumpulan ejen jualan – kita lebih cenderung untuk mempersembahkan sesuatu yang kita sendiri rasakan menarik.

Apabila seseorang itu menilai sesuatu pula, kita akan jadi lebih skeptik dan tidak mudah terpedaya dengan ‘pakej-pakej’ yang ditawarkan kerana kita hanya berminat tentang perkara yang benar-benar penting. Majoriti sanggup meletakkan harga yang lebih tinggi untuk sesuatu yang dirasakan keperluan. Muat turun lagu percuma walaupun kelihatan menarik, langsung tidak membantu menaikkan nilai pemain audio, malah menurunkan nilainya pula kerana dirasakan tidak perlu dimasukkan ke dalam pakej jualan.

Kajian ini mampu memberikan panduan yang amat berguna bagi mereka yang sedang memohon pekerjaan atau kerap mempersembahkan sesuatu kepada orang lain dalam pekerjaan, seperti jurujual atau ejen pemasaran; apabila kita membentang sesuatu, ingatlah individu lain secara automatik menilai pembentangan kita secara keseluruhan dan kesesuaiannya dengan diri mereka, bukan menurut ciri-ciri positif yang kita rasa penting pada perspektif kita.

Rahsianya, kejayaan kita dalam sesuatu temuduga tidak bergantung dengan berapa banyak aspek positif yang kita persembahkan dalam sesi temuduga itu, tetapi bergantung kepada bagaimana kita akan memenuhi keperluan pihak penemuduga. Itu yang mereka nak dengar.

Jadi fokuskan persembahan kita pada perkara yang penting sahaja. Contohnya, perkara yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi tersebut dan apa relevannya kemahiran kita dengan organisasi pihak penemuduga, tanpa rasa perlu kita ceritakan perkara-perkara positif yang tidak ada kaitan.

Bercakap tentang kemahiran berbahasa yang tidak penting, kemampuan kita berenang, projek-projek tidak berkait atau kisah-kisah pengalaman-pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan bidang dipohon, walau sepositif mana pun pengalaman kita – lebih baik disimpan untuk waktu lain yang lebih sesuai bagi meningkatkan peluang permohonan kita berjaya.

Olahan semula artikel

People Evaluate You Differently Than You Think They Do

Laporan ‘The Presenter’s Paradox’

Sumber: Ilminasi

Inilah MAKSUD Sebenar BIN BINTI Dan BTE Yang Ramai TAK TAHU !

Inilah MAKSUD Sebenar BIN BINTI Dan BTE Yang Ramai TAK TAHU !


Sejak lahir lagi, masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan. Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut

ISU BIN BINTI DAN BTE TERKINI.

Baru-baru, kami amat tertarik dengan sebuah pertubuhan Islam yang telah mendedahkan terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang. Betulkah sampai begitu sekali?

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.

Dan ini antara sebab-sebab yang lebih terperinci kenapa Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman risau sangat dengan isu ini…..

Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. – Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan. – menurut perlembagaan, Melayu dan islam diberi keistimewaan, even Prof Aziz Bari pun kata Malaysia bukanlah negara sekular.

Kami pun tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan kami tiada isu apa pun sebenarnya benda ini. Sebabnya tiada paksaan pun untuk mana-mana rakyat Malaysia meletakkan bin ataupun binti pada kad pengenalan.

Letak bin binti “belum tentu Islam”, tetapi orang Islam yang mengamalkan ajaranNya itu lebih dipandang mulia di sisiNya”

Dalam Islam tak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad pengenalan. Satu lagi, kami agak tak bersetuju dengan “hukuman yang diberikan kepada anak luar nikah”. Kalau ikut pemahaman Presiden ISMA ini; anak luar nikah tak boleh didaftarkan IC? Tak boleh dianggap warganegara?

Dahla…..anak luar nikah ini berpunca daripada kegiatan daripada pasangan tidak ada moral. Kemudian apabila mereka lahir, kita hukum mereka lagi dengan dasar yang seperti ini. Kesian mereka. Mereka pun tidak mahu rasanya dilahirkan sebegini rupa. Anak-anak ini tidak bersalah, mereka tidak sepatutnya dihukum sebegini rupa.

Jikalau disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Ini terbukti apabila terdapat penggunaan bin dan binti dalam masyarakat Kadazan, Dusun yang bukan beragama Islam. Malah di negara Arab juga, penggunaan bin dan binti tidak tertakluk kepada individu yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian itu, isu agama tidak wujud dalam hal ini.

Ini semua terpulang kepada rakyat Malaysia, kalau nak guna, dipersilakan. Kalau tidak mahu, tiada paksaan pun sebenarnya. Isu ini bagi kami tiada kena mengena dengan Islam tetapi lebih kepada soal pengurusan dan pentadbiran sahaja. Mengapalah benda khilaf tiada dalam hukum agama menjadi keutamaan dalam pertubuhan ini.

Macam apa yang kami sebelum ini, tak perlu nak beria-ria nak tekankan juga perlunya wujud Bin Binti tu..sedangkan dalam Islam pun, tak perlu. Lainlah kalau memang ianya undang undang negara termaktub dalam perlembagaan negara. Ia lebih kepada HAK INDIVIDU..sebab nama ialah hak masing masing. Kalau nak letak Bin/Binti, letak…..kalau tidak mahu letak, terpulang. Senang kan begitu?

Kan lebih baik pertubuhan ini memainkan peranannya umat Islam yang tidak pergi solat berseronok di waktu Maghrib di tapak-tapak karnival. Ada tegur? Ada nasihat?

Ada beberapa tokoh yang kami semak tidak menggunakan bin binti, elok sahaja agamanya :

Ustaz Lim Jui Soon
Ustaz Ang Wang Seng
Dr Laurence Brown
Dr Bilal Phillips
Keith Ellison, First US Moslem Congressman

Tetapi yang ini pula ada bin binti, macam mana pula tu?

Wartawan Perang Israel, Ron Bin Yishai
Wira Israel, Binyamin Fuad Bin Eliezer
Wira Israel, David Bin Gurion
Ketua pasukan bolasepak Israel dan pemain Arsenal, Yossi Bin Ayoun
Shlomo Bin Ami, bekas menteri luar Israel
Zine El Abidine Bin Ali, Diktator Muslim
Dan akhirnya, Lina Joy pun dalam IC beliau tertera Islam.

BTE – belong to eve
BIN – belong initial name
BINTI – belong initial name to initial
BT – belong to

P/S : Kalau salah tlg betulkan. Kami sendiri selesa dengan penggunaan bin binti ini, sebab dah lama guna ka. Tiada masalah pun. Pada pendapat anda sendiri untuk situasi di negara kita Malaysia, apa yang menjadi keutamanaan anda jika diberikan pilihan meletakkan bin atau binti atau tidak? Mana pilihan anda, dan sebab apa? KREDIT BERITASEMASA.

sumber: Oh Gebang

Gadis Ini Membawa Balik Anak Itik, Tapi Bila Ibunya Tengok, Terus Pucat Lesi Muka Dan Bergegas Ke Hospital!!.Rupa Rupanya Haiwan Itu Adalah..

Gadis Ini Membawa Balik Anak Itik, Tapi Bila Ibunya Tengok, Terus Pucat Lesi Muka Dan Bergegas Ke Hospital!!.Rupa Rupanya Haiwan Itu Adalah..

Seorang gadis kecil menemui seekor haiwan kecil yang memiliki hidung seperti itik di luar rumah.

Oleh kerana haiwan itu terlihat sangat comel, dia pun membawanya pulang ke rumah. Sangkaan nya itu merupakan anak itik.

Namun, ketika ibunya melihat anak nya membawa pulang haiwan itu, wajah nya terus berubah dan segera membawa anak nya pergi ke hospital! Ternyata haiwan yang di bawa anak nya itu adalah platipus! Sejak kebelakangan ini populasi nya cukup tinggi. Haiwan ini adalah haiwan yang kuno dan misteri.

Tetapi ia juga berbahaya. Kulitnya seperti kulit anjing laut dengan lipatan – lipatan yang terbentuk di beberapa bahagian tubuh. Platipus memiliki racun tertentu yang berbahaya. Walaupun tidak menyebab kan kematian, tetapi racunnya boleh menimbulkan rasa sakit yang teramat sangat. Jadi, hindarkan diri jika bertemu dengan haiwan ini!

Apa itu Platipus?

Walaupun nampak macam comel sampai jadi watak dalam Phineas & Ferb tetapi haiwan ini ada racun di kuku kakinya. Haiwan ni bertelur dalam 1-3 biji setahun. Platypus ni hidup di kawasan air tawar yang bersih sahaja & hampir pupus dulu akibat diburu untuk kulit.

Platypus adalah haiwan semi-akuatik yang banyak ditemui di bahagian timur benua Australia. Walaupun Platypus bertelur tapi ia tergolong ke dalam kelas Mamalia karena ia menyusui anaknya. Platypus juga sering dikenal dengan nama duck-billed Platypus atau Platypus berparuh itik disebabkan bentuknya yang menyerupai itik.

Suhu tubuh platypus kira-kira 32celcius. Jauh lebih rendah dari kebanyakan Mamalia lain (sekitar 38celcius). Tubuh platypus ditutupi bulu berwarna coklat yang menjaga agar tubuhnya tetap hangat. Kaki platipus berselaput seperti itik. Platypus juga memiliki paruh seperti itik. Macam itik tapi bukan itik.

Berat platypus antara di bawah 1kg sampai lebih dari 2kg. Panjang tubuhnya sekitar 30-40cm dan panjang ekornya sekitar 10-15cm (jantan) dan 8-13cm (tino). Platypus jantan lebih besar hingga 3x betinanya. Platypus juga adalah haiwan berbisa. Bisa ini digunakan dalam pertarungan perebutan wilayah atau pertempuran antara kaum seangkatan.

Masa mula2 manusia jumpa haiwan ni,mereka ingatkan ade orang sengaja jahit mulut itik pada haiwan ni,supaya nampak unik. Tetapi hakikatnya itu mulut original kilang bukan modified.

Sumber : Buletin Media

Kenapa ‘Orang Putih’ Boleh Pergi Melancong Walaupun Tidak Bekerja?

Kenapa ‘Orang Putih’ Boleh Pergi Melancong Walaupun Tidak Bekerja?

Kita sudah biasa kecermelangan akademik itu adalah pengukur sesebuah kejayaan. Maka dari kecil lagi sudah didik anak untuk dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Wajib ada A la kalau nak berjaya. Tapi berbeza dengan negara luar.

Hidup di negara luar dengan negara kita banyak bezanya. Di negara luar mereka sentiasa menimba ilmu tanpa mengira umur atau taraf. Dan yang penting A bukan pengukur segalanya. Mereka lebih kepada kemahiran, belajar memasak, menulis, dan photografi.

Ikuti perkongsian dari seorang pengembara ini, iaitu Irwan Dahnil, bagaimana orang luar negara mampu melancong ke negara lain tanpa terbeban dengan pekerjaan.

Masa kecil, aku tengok kitaran hidup ini simple saja.

Pergi sekolah, sekolah pandai-pandai, dapat A banyak. masuk universiti, kerja, kahwin, beranak pinak, tua dan mati. Life cycle yang mudah. Setting kehidupan yang sama.

Jadi aku macam pelik bila jumpa dengan orang putih yang boleh travel 6 bulan meninggalkan negara. Travel tau, bukan melancong. Tiada buat kerja lain selain kembara.

Kaya sangat ke diorang ni? Atau gaji besar ke sampai boleh travel selalu? Boss tak marah ke cuti lama-lama?

Aku jadi konfius. Lain betul dengan life cycle yang aku anuti selama ni. Kat Malaysia ko nak mintak cuti raya pun kadang-kadang bos jeling tembus dinding. Kau nak travel seminggu pun, rasa bersalah, bos macam bagi hint elok berhenti je.

Boss dah beli kehidupan kau boi.

Tetapi sejak aku berkawan dengan traveler jenis ni, aku baru faham macam mana boleh jadi macam tu. Aku korek habis-habis, aku tanya macam-macam. Sebenarnya life cycle mereka berbeza dari ‘mazhab’ aku orang Malaysia.

Diorang tak ‘invest’ beli kereta yang nampak macam orang kaya tapi bank yang punya. Kereta hanya setakat untuk hidup. Bukan untuk impresskan kawan-kawan. Lebih lagi dah biasa naik bas aje.

Dorang bebas. Kalau bos meluat tengok muka, berhenti je. Nanti cari kerja lain. Kalau kita mungkin terpaksa acah-acah taat pada bos takut kena buang kerja, tak naik pangkat atau gaji tak bertambah. Rela jaga hati bos, untuk jaga masa depan.

Mereka bangunkan bakat. Diorang pandai jual diri supaya laku dimana-mana. Dapatkan higher degree, sekurang-kurangnya profesional certificate diakui dunia. Diorang boleh cakap banyak bahasa. Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Mandarin, mana-mana pun laku.

Mereka belajar skill baru. Selain bahasa, mereka belajar masak, belajar buat video dan photografi, belajar menulis. Itu semua duit kalau siapa yang faham. Sehingga ada yang belajar main gitar dan menyanyi. Rasa terdesak diorang letak je sapu tangan tepi jalan, busking menyanyi. Pandai cari duit.

Mereka rajin membaca. Yang ini paling win. Korang selalu tengok kan orang putih ni kalau ada masa terluang je akan baca buku. Sebab tu dia tahu macam-macam, nampak pandai. Padahal ilmu dari buku je. Ntah-ntah kita lagi pandai.

Aku tau. Kalau cerita kat orang Malaysia, nanti ada yang cakap “Itu dorang, boleh lah..” Baik. Kalau rasa macam tu, ko boleh la ikut balik kitaran hidup aku cakap tadi tu. Tak payah gaduh.

Sesekali tengok instagram kawan travel sementara kau mereput tunggu mati.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Pelajar Bahasa Sepanyol.

Semoga memberi manfaat.

sumber: Ukhwahmuslim