Biar betul korang makan kat situ? RNR tu dah berzaman tutup, mana ada kedai buka kat atas tu?!’

Biar betul korang makan kat situ? RNR tu dah berzaman tutup, mana ada kedai buka kat atas tu?!’

“Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup muntah bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup. Dah naik lalang pokok dah tempat itu,” demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran,Seterus Menerus.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2013 ketika dia dan tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke rumah sahabat mereka di Kuala Kangsar.

MASA itu dalam tahun 2013, kalau tak silap. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga seramnya.

Dalam perjalanan, kami berempat terasa lapar sangat-sangat. Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RNR Tasik Raban. Masa itu, keadaan RNR meriah. Majoriti orang semua dok pakat pakai pakaian putih. Tak terfikir yang bukan-bukan pula pada masa itu sebab kami berempat.

Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sejuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.

Selesai makan, kami pun kekenyangan dan kami menyambung kembali perjalanan ke rumah kawan kami yang sudah tidak beberapa jauh dari RNR itu. Lebih kurang baki dalam tujuh kilometer lagi.

Apabila sampai di destinasi, kawan pun tanya kenapa lewat sampai. Saya pun jawablah,

“Bawak kereta slow-slow. Takut terlanggar babi. Hihihi!”

Kami pun gelak bersama-sama.

“Dah makan ke belum? Kalau belum, jom masuk makan dulu,” pelawanya.

“Kami dah makan tadi di RNR Tasik Raban”, jawab salah seorang rakan saya.

Kata-katanya membuatkan kawan saya itu tadi terkejut beruk.

Weh! Biar betul?” soalnya.

“Yela, kami lapar, itu yang singgah.” jawab rakan itu tadi.

“Weh! Korang tau tak yang RNR itu dah berzaman tutup. Mana ada kedai buka di atas tu,” tegasnya.

“Weh! Jangan main-main!” saya dah mula risau.

“Betul lah! Buat apa aku nak tipu!” tegasnya.

Selepas itu, kami semua muntah-muntah tak ingat. Baunya jangan ditanya. Bau macam bangkai. Bila disuluh muntah-muntah itu, mak aih! Macam ulat-ulat bergerak sana sini. Ya Allah, malam itu semua tak dapat nak tidur dan malam itu juga terus tidur di rumah kawan itu sebab tak boleh nak gerak malam itu juga.

Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR Tasik Raban, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah ditutup. Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pelik ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongkah batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.

kredit: lenggong2lipis.blogspot.com

5 Manusia Biasa Yang Mempunyai Kebolehan Luar Biasa Akibat Kerosakan Pada Otak Mereka

5 Manusia Biasa Yang Mempunyai Kebolehan Luar Biasa Akibat Kerosakan Pada Otak Mereka

Dalam dunia kita, dianggarkan ada lebih kurang 1 dalam sejuta orang yang mengalami satu kondisi yang dinamakan sindrom savant dengan penemuan pertama ditemui pada tahun 1783. Sindrom savant ini mampu membuatkan seseorang itu mempunyai kelebihan melebihi orang biasa dalam pelbagai bidang, namun kebiasaannya tertumpu dalam satu atau dua bidang.

Mereka yang mempunyai kemahiran ini selalunya mempunyai kemahiran luar biasa dalam satu atau lebih bidang yang selalunya berkait dengan seni, daya ingatan, daya pengiraan dan juga kemahiran mengolah objek 2 dimensi atau 3 dimensi. Dianggarkan setakat ini, laporan terhadap sindrom savant ini berjumlah kurang daripada 100 kes, dengan kemahiran luar biasa mengingati hari dalam kalendar menjadi kes paling banyak.

Berikut adalah 5 individu yang bertaraf savant dalam 5 bidang berbeza yang kami harap dapat kami kongsikan kepada anda.

1. Orlando Serrell

Orlando Serrell adalah seorang budak berusia 10 tahun yang gemar bermain permainan besbol. Pada satu hari, akibat pukulan salah seorang kawannya, bola yang dipukul terkena kepalanya sehingga dia terbaring di atas tanah. Orlando kemudiannya bangun dan meneruskan permainan seperti biasa seperti tidak ada apa-apa berlaku.

Beberapa hari kemudian, dia mula mengalami sakit kepala yang dahsyat namun menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa beliau. Selepas sakitnya surut, dia mula menyedari dirinya mempunyai satu kebolehan yang tidak dipunyainya sebelum itu – dia mampu mengetahui segala jenis maklumat yang terkandung dalam kalendar, mengingati hari apa pada tarikh sekian-sekian, tarikh-tarikh akan datang dan dia juga mula dapat mengingati cuaca pada tarikh-tarikh yang telah lalu.

Apa yang mengkagumkan, Orlando tidak menggunakan sebarang pengiraan untuk tahu maklumat yang diminta, dia secara automatik tahu. (rujukan)

2. Jason Padgett

Selepas sesi karaoke pada satu malam tahun 2002, Jason Padgett, seorang penjual perabut dari Washington, diserang oleh dua orang lelaki yang mahu merompaknya. Dibelasah dan disepak di bahagian kepala dan badan, Jason mengalami trauma teruk pada beberapa organ penting. Jason pengsan selepas itu namun apabila dia sedarkan diri, penglihatannya berbeza.

Dia mula melihat bentuk-bentuk geometri di sekelilingnya yang dibentuk oleh garisan-garisan yang dia tidak faham, mengubah rupa dunia pada visinya. Selepas dia mula menterjemahkan apa yang dia nampak dalam bentuk lukisan, barulah pakar menyedari apa yang dia lukis sebenarnya mempunyai perkiraan-perkiraan matematik dalam bentuk visual.

Jason diberitakan bukan seorang yang handal dalam matematik dan juga bukan seorang pelukis. Insiden itu membolehkan Jason mampu menterjemahkan formula matematik dalam bentuk geometri dan yang lebih hebat, dia melakukannya dengan tangan, tanpa memerlukan peralatan khas untuk melukis bentuk yang dilihatnya. (rujukan)

3. Derek Amato

Melakukan aksi berani terjun ke dalam sebuah kolam renang yang agak cetek, kepala Derek Amato terhentak pada permukaan kolam menyebabkan dia kehilangan hampir 35% pendengarannya. Bagaimanapun, kecederaan pada kepalanya itu menyebabkan dia mempunyai satu kebolehan luar biasa;

Dia mula mampu mendengar muzik setiap masa. Derek juga entah kenapa, tiba-tiba berkemahiran tinggi dalam piano sedangkan dia langsung tidak mempunyai kebolehan bermain piano sebelum itu. Mampu mencipta pelbagai melodi indah, kebolehan Derek menarik minat ramai pihak bagi menyaksikan sendiri kebolehannya.

Walaupun mempunyai kebolehan luar biasa mencipta lagu dengan piano yang dilakukannya secara mudah sekali, Derek mengakui ada harga yang perlu dia bayar. Dia kerap mengalami sakit kepala dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Sehingga kini ayah kepada 3 orang anak ini meneruskan kerjaya barunya dalam bidang muzik kerana dalam kepalanya, selagi dia sedar – muzik dalam kepalanya tidak pernah berhenti. (rujukan)

4. Alonzo Clemons

Alonzo Clemons bukanlah seorang kanak-kanak normal. Semenjak usianya 3 tahun atas kecederaan pada kepalanya, dia tergolong dalam golongan kurang upaya dengan nilai IQ yang dianggarkan pada tahap 40, jauh lebih rendah berbanding tahap normal orang biasa. Akibat kerosakan pada otaknya, dia mempunyai masalah percakapan dan kekurangan kemahiran untuk melakukan perkara-perkara rutin seperti memakai pakaian sendiri.

Bagaimanapun, apabila diberikan tanah liat – dia sejak kecil mampu membentuk tanah liat tersebut sehingga menjadi bentuk haiwan yang agak realistik. Kebolehannya berkembang hari ke hari sehinggalah kini, dia menjadi salah seorang pengukir paling terkenal di dunia.

Kehebatan Alonzo ini bukannya datang tiba-tiba seperti individu lain dalam senarai ini, namun semuanya bermula sejak kecil di mana dia mampu membentuk semula haiwan yang dia lihat walaupun dalam sejenak, dengan anatomi yang betul dalam bentuk 3 dimensi tanpa perlu gambar rujukan. Dia seperti dapat menyimpan sendiri imej dalam kepalanya untuk diterjemahkan dan masa yang digunakan oleh Alonzo untuk mengukir pula, jauh lebih singkat berbanding orang lain.

Untuk satu ukiran kecil haiwan yang dilihatnya sekilas lalu, dia hanya memerlukan 20 minit bagi satu bentuk haiwan. (rujukan)

5. Daniel Tammet

Mengalami sawan yang merencatkan otaknya ketika berusia 3 tahun, Daniel Tammet semenjak itu mula obses untuk mengira, tak kira apa benda sekalipun. Kecacatan pada otaknya juga mengakibatkan dia diiktiraf seorang autistik – tidak berkebolehan memandu, membetulkan pendawaian elektrik malahan sukar membezakan kiri dan kanan. Tetapi jika kita tanya Daniel soalan matematik tak kiralah sesukar mana pengiraannya, dia dapat menjawab seimbas lalu tanpa perlu mengira.

Semenjak mengalami sawan, Daniel mula melihat nombor sebagai bentuk, warna dan tekstur yang membolehkan dia melakukan matematik tanpa perlu berfikir – kerana pada dia, matematik adalah visual yang sentiasa berubah memberikan dia jawapan kepada pengiraan.

Mampu menguasai 7 bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Icelandinc dan Esperanto, Daniel dalam proses membina bahasanya sendiri. Hidupnya sukar berikutan rutin dirinya yang ketat berdasarkan peraturannya sendiri. Dia perlu minum teh pada waktu yang sama setiap hari. Rutin mandinya perlu sama setiap hari. Apa saja yang menganggu rutinnya hanya akan membuatkan dia tidak selesa.

Daniel menjadi satu-satunya manusia didunia yang mampu menyebut angka perpuluhan angka ‘pi’ sehingga 22,514 titik perpuluhan, sesuatu yang sukar untuk dipaparkan dalam kalkulator. Namun bagi Daniel, benda tu mudah kerana pada matanya, dia nampak nombor tersebut jadi Daniel tidak ada masalah untuk menyebut nombor tersebut dari awal atau dari hujung. Untuk setiap kali bacaan, dia perlu menghabiskan masa selama 5 jam bagi menyebut kesemua angka yang ada. (rujukan)

Sumber: Iluminasi

5 Buah Negara Yang Tidak Lagi Wujud Masa Kini

5 Buah Negara Yang Tidak Lagi Wujud Masa Kini

Selain jumlah kematian yang tinggi, peperangan juga boleh menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi, alam sekitar dan politik sesebuah negara. Mengikut sejarah juga, peperangan juga boleh membawa kepada pembentukan negara baru, malah boleh juga melenyapkan sesebuah negara,

Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi beberapa buah negara yang pernah wujud pada masa dahulu namun kini sudah hilang daripada peta bumi. Ada antara negara yang pernah wujud satu ketika dahulu yang digabungkan dengan negara lain dan ada yang dipecahkan kepada beberapa buah negara kecil.

1. Czechoslovakia

Negara Czechoslovakia secara rasminya dibubarkan pada tahun 1993. Czechoslovakia merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian tengah benua Eropah dan diwujudkan pada 28 Oktober 1918. Negara ini majoriti rakyatnya terdiri daripada dua golongan terbesar etnik Slavic iaitu Czechs dan Slovaks.

Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin telah menyebabkan perpecahan besar politik dan ekonomi negara ini. Revolusi Velvet yang berlaku telah memaksa negara Czechoslovakia berpecah secara aman kepada 2 buah negara yang kini dikenali sebagai Slovakia dan Relpublik Czech.

2. Yugoslavia


sejarah yugoslavia

Yugoslavia adalah sebuah negara besar yang terletak di bahagian timur selatan Eropah. Negara ini meliputi beberapa kawasan seperti Croats, Slovenes dan Serbs yang wujud ketika zaman Empayar Austro-Hungarian. Secara rasminya, negara ini wujud pada tahun 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Kewujudannya pada ketika itu juga diikitiraf oleh banyak negara luar.

Pada tahun 1929, Yugoslavia menukar namanya kepada Kingdom of Yugoslavia. Ianya pernah diserang oleh puak Parti Perikatan dan menghadapi serangan oleh puak pemisah pada tahun 1941 dan 1943. Kewujudan kerajaan berfahaman komunis telah menyebabkan namanya sekali lagi ditukar kepada Federal People’s Republic pada 1946.

Pada tahun 1963, negara ini sekali lagi ditukar namanya kepada Socialist Federal Republic of Yugoslavia (SFRY) dengan beberapa pertambahan kawasan baru seperti Zadar, Istria dan Rijeka yang diperolehi daripada Itali. Beberapa krisis politik dan ekonomi, ditambah dengan peningkatan semangat perjuangan nasionalisma telah menyebabkan berlakunya Perang Yugoslav yang membawa kepada perpecahan negara ini kepada 5 buah negara kecil iaitu Croatia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Kosovo.

3. Kesatuan Soviet Union (USSR)


ussr

Kesatuan Sovient Union atau USSR (Union of Soviet Socialist Republics) merupakan sebuah negara atau empayar besar yang diasaskan pada tahun 1922. USSR meliputi 15 buah negara Eurasia dan ibu negaranya terletak di Moscow. Ketika kewujudannya, negara ini merupakan negara terbesar di dunia daripada segi keluasan dan merupakan sebuah negara berfahaman komunis.

Ketika zaman kegemilangannya, USSR merupakan sebuah kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan kedua buah negara ini terlibat dalam banyak konflik dan peperangan antara satu sama lain. Satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1991 secara rasminya mendeklarasikan pembubaran Soviet Union dan pembentukan 15 buah negara iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldova, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

4. Jerman Barat dan Jerman Timur

berlin wall

Sebelum wujudnya Jerman yang ada pada masa kini, Jerman dahulunya pernah terbahagi kepada 2, Jerman Barat dan Jerman Timur. Setelah kekalahan Soviet Union pada Perang Dunia Kedua, negara Jerman telah terbahagi kepada 2 iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat. Pada masa itu, Jerman Timur dikuasai oleh pihak komunis Soviet Union sementara Jerman Barat pula dikuasai oleh golongan Parti Perikatan.

Pihak Soviet Union telah membina sebuah tembok besar di Berlin yang memisahkan kedua-dua negara ini. Setelah Soviet Union menghadapi zaman kehancuran pada tahun 1990, tembok yang memisahkan kedua-dua buah negara ini akhirnya dirobohkan dan kedua-dua buah negara di disatukan kembali.

5. Tibet

Tibet mempunyai sejarah yang sangat panjang tetapi pada tahun 1912, ianya telah diiktiraf sebagai sebuah negara. Dibawah pemerintahan Dalai Lama, ianya merupakan sebuah negara yang tenang, tidak seperti negara bersebelahannya iaitu China.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1951 Tibet telah diserang dan dijajah oleh China yang pada ketika itu dipimpin oleh parti berfahaman komunis. Peristiwa ini telah membawa kepada beberapa siri penentangan oleh rakyat Tibet sehinggalah pada tahun 1959. Sehingga kini, sebahagian besar rakyat Tibet masih memperjuangkan kemerdekaan Tibet daripada penguasaan China.

Kredit:

World of Atlas
Business Insider
Quora
WikiPedia – Dissolution of Soviet Union
WikiPedia – History of Germany

Sumber: Iluminasi

Sayu, Pilunya Hati Ibu Bapa Setibanya Di Hospital Kemaman Untuk Memandikan Jenazah Anak Bongsunya

Sayu, Pilunya Hati Ibu Bapa Setibanya Di Hospital Kemaman Untuk Memandikan Jenazah Anak Bongsunya

BAPA kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, semalam, Wan Mohd Kamaruzzaman Wan Muhamad, 56, tiba di Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk memandikan jenazah anak bongsunya, Wan Mohd Mahathir Wan Mohd Kamaruzaman, 14, hari ini. Wan Mohd Kamaruzzaman tiba bersama isterinya, Rosnani Ibrahim, 53, di hospital itu 3.50 petang tadi. Difahamkan, suami isteri itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi dari Madinah kerana mengerjakan umrah.

Selepas sehari tiba di Madinah, pasangan berkenaan mendapat berita menyayat hati apabila tiga anak kesayangan mereka, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28,Wan Nor Athirah Wan Mohd Kamaruzaman, 27, dan Wan Mohd Mahathir Wan Mohd Kamaruzaman, 14, meninggal dunia dalam kemalangan terbabit. Dalam kejadian 5.45 pagi itu, tiga beradik itu bersama ibu saudara, Salmah Ibrahim, 56 dan anak Salmah, Aliyani Zawawi, 25, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) terjunam ke dalam parit sebelum disedari orang ramai,kira-kira 7 pagi.

Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghantar kedua ibu bapa mereka mengerjakan umrah di KLIA. Bagaimanapun,dalam kemalangan itu, Salmah dan Aliyani yang cedera dikejarkan untuk mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Jenazah tiga beradik itu disolatkan di Masjid Jamek Kampung Binjai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu selepas Maghrib ini.

SETERUSNYA…

Sayunya.. Tiga Beradik MAUT Lepas Hantar Mak Ayah Umrah Di KLIA… Tiga beradik maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbalik dalam parit selepas hantar mak ayah mereka pergi umrah. Lihat 5 gambar ngeri ini. Al Fatihah.

KERETA HILANG KAWALAN

Tiga adik beradik maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan di Kampung Batu Putih, Kuantan, pada jam 5.45 pagi tadi, lapor Harian Metro. Al Fatihah. Tiga Beradik MAUT Lepas Hantar Mak Ayah Umrah (5 GAMBAR NGERI) | Mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.

CUBA ELAK KERETA LAIN

Kemalangan itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di depan kenderaan mereka sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit. Ibu saudara dan sepupu mangsa yang berada dalam kereta itu juga turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kemamam selepas menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin untuk menunaikan umrah. Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

MANGSA SELAMAT MINTA TOLONG

Sementara itu, ibu saudara yang hanya dikenali sebagai Mama, 49, terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh anak saudara mereka yang terselamat dalam kemalangan itu. “Seperti hendak gugur jantung saya apabila mendapat panggilan telefon daripada anak saudara yang mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan dan kenderaan mereka terjunam ke dalam parit.

“Mereka meminta saya bergegas ke lokasi kerana sudah beberapa jam terperangkap dalam kawasan parit itu. “Ketika dalam perjalanan ke lokasi, kami mendapat panggilan telefon dari anak saudara, Nurul Aliyani Zawawi, yang mengatakan mereka sudah berada di HTAA. Jadi saya terus ke sana,” katanya.

Difahamkan, Aliyani dan ibunya, Salma Ibrahim kini dirawat di unit kecemasan HTAA sementara tiga beradik yang maut dalam kemalangan itu sedang dibedah siasat. “Saya tidak tahu bagaimana nak memaklumkan kepada keluarga mereka yang sedang mengerjakan umrah. Mereka macam anak saya juga kerana kami tinggal di kampung berdekatan di Binjai, Kemaman.

Sumber: Harian Metro via The Reporter Dari Oh Gebang

Ketahui Kisah Adik-beradik Kembar 7 Pertama di Dunia berumur 19 tahun yang Masih Hidup JOM SHARE DAN LIKE

Ketahui Kisah Adik-beradik Kembar 7 Pertama di Dunia berumur 19 tahun yang Masih Hidup

Pada tahun 1997 , kehidupan keluarga McCaughey itu sangat berubah. Bobbie McCaughey melahirkan tujuh anak – empat lelaki dan tiga perempuan. Berita tentang keajaiban ini tersebar di seluruh dunia kerana bayi McCaughey ini adalah “septuplets” buat pertama kali yang masih hidup .

Kenny, Kelsey , Natalie , Brandon, Alexis , Nathan dan Joel dipanggil ‘Tujuh Dari Syurga. ‘ Anugerah daripada septuplets adalah satu pencapaian besar untuk Bobbie dan suaminya Kenny, dan semua orang yang mempunyai anak-anak boleh memahami mengapa.

Tetapi di sebalik semua kesukaran, kanak-kanak ini telah dikelilingi oleh kasih sayang dan penjagaan yang baik.Tahun ini anak-anak McCaughey terkenal menyambut ulang tahun ke-19 Mereka bertukar menjadi anak-anak muda yang menakjubkan yang sudah tahu apa yang mereka mahu apabila mereka membesar.

Kembali pada tahun 1997 Bobbie dan Kenny mahu mempunyai anak yang kedua dan mereka dapatkan bantuan ke Pusat IVF. Setelah mengetahui bahawa Bobbie mengandung tujuh anak selepas rawatan kesuburan , pasangan itu enggan memilih untuk mengurangkan bilangan bayi. Para doktor cuba untuk menghalang mereka, tetapi ibu bapa yang taat pada agama tetap setia pada keputusan mereka.

Kanak-kanak ini dilahirkan benar-benar kecil , berat kanak-kanak yang paling kecil adalah 2 lbs 8 oz ( 1,13 kg ) dan kanak-kanak yang paling besar adalah 3 lbs 4 oz ( 1,5 kg ). Para doktor melakukan apa yang mereka boleh untuk selamatkan bayi-bayi tersebut dan kanak-kanak itu akhirnya selamat dan membesar dengan sihat. Alexis dan Nathan dilahirkan dengan bentuk cerebral palsy , tetapi kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan dan kini mereka dalam keadaan yang baik. Hari ini mereka masih sihat dan bersekolah.

Semua orang faham dengan keadaan yang sukar dan luar biasa keluarga McCaughey itu , begitu ramai orang dan yayasan amal membantu mereka . keluarga mereka mendapat rumah besar baru, dan anak-anak mendapat makanan yang percuma di sekolah dan masih mampu pergi bercuti. Walau bagaimanapun, Kenny telah bekerja keras, dan anak-anak nya diajar kepentingan untuk mencapai impian sendiri.

Anak perempuan yang sulung, Mikayla , yang dilahirkan setahun lebih awal daripada adik-adiknya , membantu ibunya untuk menjaga adik-adiknya.

Dalam baris kedua dari kiri ke kanan adalah Brandon, Alexis, Joel, dan Nathan. Dalam baris pertama dari kanan ke kiri adalah Kenny Sr., Kenny Jr., Kelsey , Natalie , dan ibu mereka Bobbie. Anak-anak ini dalam keadaan baik sekarang, dan mereka telah memutuskan apa yang mereka mahu untuk mengejar.

Brandon akan menjadi tentera selepas sekolah tinggi; Alexis mahu menjadi seorang pendidik ; Natalie mahu menjadi seorang guru sekolah rendah ; Kenny Jr. berharap kerjaya dalam pembinaan; Nathan dan Joel akan menjadi pengaturcara, dan Kelsey menyanyi dalam koir Iowa dan mahu menjadi seorang penyanyi profesional.

Kanak-kanak ini bukan sahaja adik-beradik , mereka adalah teman baik . Berikut adalah gambar Natalie , Alexis dan Kelsey pada hari perkahwinan Mikayla ini .

Anak kembar 7 ini tidak lama lagi akan menamatkan pengajian dari sekolah masing-masing. Apabila mereka semua akan pergi, ia akan menjadi benar-benar drastik, ‘ Bobbie mengakui .

Sesungguhnya , rumah yang tidak pernah tenang akan menjadi kosong dan sunyi sekaligus.

Sumber : gempakviral2u
Kredit:http://puncakviral.press/2018/01/ketahui-kisah-adik-beradik-kembar-7-pertama-di-dunia-berumur-19-tahun-yang-masih-hidup/