10 Dalil Kenapa Lelaki Diperintahkan Solat Berjemaah Di Masjid

10 Dalil Kenapa Lelaki Diperintahkan Solat Berjemaah Di Masjid

Lelaki Diperintahkan Solat Berjemaah

1. Allah SWT yang langsung memerintahkan dalam al-Quran agar solat berjemaah.
Allah SWT berfirman,

وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.” (Surah Al-Baqarah ayat 43)
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata,

، فلا بد لقوله { مع الراكعين } من فائدة أخرى وليست إلا فعلها مع جماعة المصلين والمعية تفيد ذلك

“Makna firman Allah “Rukuklah beserta orang-orang yang rukuk, faedahnya iaitu tidaklah dilakukan kecuali bersama jemaah yang solat dan bersama-sama.”[Ash-Shalatu wa hukmu tarikiha hal. 139-141]

2. Ketika perang berkecamuk, tetap diperintahkan solat berjemaah. Maka apalagi suasana aman dan tenteram. Dan ini perintah langsung dari Allah SWT dalam al-Quran

Allah SWT berfirman,

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةُُ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلِيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَى أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu.” (Surah An-Nisa’ ayat 102)

Ibnu Mundzir rahimahullah berkata,

ففي أمر الله بإقامة الجماعة في حال الخوف : دليل على أن ذلك في حال الأمن أوجب .

“Pada perintah Allah SWT untuk tetap menegakkan solat jemaah ketika takut (perang) adalah dalil bahawa solat berjemaah ketika keadaan aman lebih wajib lagi.”[Al- Ausath 4/135]

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah menjelaskan,

وفي هذا دليل على أن الجماعة فرض على الأعيان إذ لم يسقطها سبحانه عن الطائفة الثانية بفعل الأولى، ولو كانت الجماعة سنة لكان أولى الأعذار بسقوطها عذر الخوف، ولو كانت فرض كفاية لسقطت بفعل الطائفة الأولى …وأنه لم يرخص لهم في تركها حال الخوف

“Ayat ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa solat berjemaah hukumnya fardhu ain bukan hanya sunat atau fardhu kifayah, Seandainya hukumnya sunat tentu keadaan takut dari musuh adalah uzur yang utama. Juga bukan fardhu kifayah kerana Allah menggugurkan kewajiban berjemaah atas rombongan kedua dengan telah berjemaahnya rombongan pertama… dan Allah tidak memberi keringanan bagi mereka untuk meninggalkan solat berjemaah dalam keadaan ketakutan (perang).“[Kitab Solah hal. 138, Ibnu Qayyim]

3. Orang buta yang tidak ada penuntut ke masjid tetap di perintahkan solat berjemaah ke masjid jika mendengar azan, maka bagaimana yang matanya sihat?

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata,

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ
“Seorang buta pernah menemui Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berujar, “Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan menuntunku ke masjid.” Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk solat di rumah, maka baginda pun memberikan keringanan kepadanya. Ketika orang itu beranjak pulang, baginda kembali bertanya, “Apakah engkau mendengar panggilan solat (azan)?” Laki-laki itu menjawab, “Ia.” Baginda bersabda, “Penuhilah seruan tersebut (hadiri jemaah solat).”

[HR. Muslim no. 653]

Dalam hadis yang lain iaitu, Ibnu Ummi Maktum (ia buta matanya). Dia berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمَدِينَةَ كَثِيرَةُ الْهَوَامِّ وَالسِّبَاعِ. فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « أَتَسْمَعُ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ فَحَىَّ هَلاَ ».

“Wahai Rasulullah, di Madinah banyak sekali tanaman dan binatang buas. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apakah kamu mendengar seruan azan hayya ‘alash solah, hayya ‘alal falah? Jika iya, penuhilah seruan azan tersebut”.”[HR. Abu Daud, Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih]

4. Wajib solat berjemaah di masjid jika mendengar azan

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam,

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إِلَّا مِنْ عُذْرٍ

“Barangsiapa yang mendengar azan lalu tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya, kecuali bila ada uzur.” [HR. Abu Daud dan Ibnu Majah. disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Misykat al-Mashabih: 1077 dan Irwa’ al-Ghalil no. 551]

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memberikan ancaman kepada laki-laki yang tidak solat berjemaah di masjid dengan membakar rumah mereka.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

“Solat yang dirasakan paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga solat didirikan, kemudian ku suruh seseorang mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat, lantas aku bakar rumah-rumah mereka.” [HR. Al-Bukhari no. 141 dan Muslim no. 651]

Ibnu Mundzir rahimahullah berkata,

وفي اهتمامه بأن يحرق على قوم تخلفوا عن الصلاة بيوتهم أبين البيان على وجوب فرض الجماعة

“Keinginan baginda (membakar rumah) orang yang tidak ikut solat berjemaah di masjid merupakan dalil yang sangat jelas akan wajib ainnya solat berjemaah di masjid”[Al-Ausath 4/134]

6. Tidak solat berjemaah di masjid di anggap “munafik” oleh para sahabat.

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu anhu dia berkata:

وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ
“Menurut pendapat kami (para sahabat), tidaklah seseorang itu tidak hadir solat jemaah, melainkan dia seorang munafik yang sudah jelas kemunafikannya. Sungguh dahulu seseorang dari kami harus dipapah di antara dua orang hingga diberdirikan si saff (barisan) solat yang ada.” [HR. Muslim no. 654]

7. Solat berjemaah mendapat pahala lebih banyak.

Dalam satu riwayat 27 kali lebih banyak daripada solat bersendirian.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan 27 derajat.” [HR. Bukhari]

8. Keutamaan solat berjemaah yang banyak.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

“Barang siapa solat Isya dengan berjemaah, pahalanya seperti solat setengah malam. Barang siapa solat Isya dan Subuh dengan berjemaah, pahalanya seperti solat semalam penuh.” [Fathul Bari 2/154—157]

9. Tidak solat berjemaah akan dikuasai oleh syaitan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

“Tidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan solat berjemaah di lingkungan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Kerana itu tetaplah kalian (solat) berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan menerkam kambing yang sendirian (jauh dari kawan-kawannya).” [HR. Abu Daud no. 547, An-Nasai no. 838, dan sanadnya dinyatakan hasan oleh An-Nawawi]

10. Amal yang pertama kali dihisab adalah solat, jika baik maka seluruh amal baik dan sebaliknya, apakah kita pilih solat yang sekadarnya saja atau meraih pahala tinggi dengan solat berjemaah?

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلَاةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلَائِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الْأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

“Sesungguhnya yang pertama kali akan dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya. Rabb kita Jalla Wa ‘Azza berfirman kepada para malaikat-Nya -padahal Dia lebih mengetahui, “Periksalah solat hamba-Ku, sempurnakah atau justru kurang?” Sekiranya sempurna, maka akan dituliskan baginya dengan sempurna, dan jika terdapat kekurangan maka Allah berfirman, “Periksalah lagi, apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunat?” Jikalau terdapat solat sunatnya, Allah berfirman, “Sempurnakanlah kekurangan yang ada pada solat wajib hamba-Ku itu dengan solat sunatnya.” Selanjutnya semua amal manusia akan dihisab dengan cara demikian.” [HR. Abu Daud no. 964, At-Tirmizi no. 413 dishahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2571]

Khusus bagi yang mengaku mazhab Syafi’i (majoriti di Malaysia , Indonesia, Singapura dan Brunei), maka Imam Syafi’i mewajibkan solat berjemaah dan tidak memberi keringanan (rukshah).

Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata,

وأما الجماعة فلا ارخص في تركها إلا من عذر

“Adapun solat jemaah, aku tidaklah memberi keringanan bagi seorang pun untuk meninggalkannya kecuali bila ada uzur.”[Ash Shalah wa Hukmu Tarikiha hal. 107]

Sumber: Islam Itu Indah

AKU MEMELUK ISLAM TANPA BERTEMU SEORANG MUSLIM

AKU MEMELUK ISLAM TANPA BERTEMU SEORANG MUSLIM

Alan Rooney berasal daripada Scotland berkongsi kisah tentang perjalanannya memeluk Islam. Hebatnya, perubahan besar itu terjadi pada dirinya berlaku tanpa pernah bertemu dengan seorang muslim pun. Berikut ini adalah kisah yang ia sampaikan sendiri:

Bagaimana perjalanan seorang lelaki Scotland paruh baya, berkulit putih, tinggal di dataran tinggi Scotland boleh menjadi seorang Muslim – apatah lagi dia belum bertemu dengan seorang muslim pun dalam hidupnya?

Kisah ini bermula ketika aku mendengar seruan untuk solat dari masjid tempatan pada masa bercuti di pantai di Turki. Panggilan ini membangkitkan sesuatu dalam diriku. Mengilhamiku untuk memulakan pencarian spiritual.

Pulang ke rumah di Inverness, aku pergi ke kedai buku tempatan. Membeli Al-Quran dan mula membacanya. Apabila membaca, aku selalu meminta kepada Tuhan untuk membimbingku dalam perjalanan yang telah ku jalani ini.

Banyak berdoa. Banyak berlutut.

Al-Quran benar-benar mengguncangkanku. Buku ini cukup menakutkan untuk dibaca. Kerana menceritakan banyak perkara mengenai diri anda. Aku menjumpai beberapa perkara tentang diriku yang tidak kusukai. Dari sini putuskan untuk membuat beberapa perubahan.

Aku tahu, boleh saja kuhentikan membaca Al-Quran pada bila-bila saja. Tapi aku sedar, hal itu bererti melepaskan sesuatu yang sangat penting.

Dan aku sedar akhir dari proses yang sedang kujalani ini: Aku akan menjadi seorang muslim.

Jadi, aku terus membaca. Ku baca Al-Quran tiga kali, agar boleh mencari sesuatu yang kurang. Namun, selepas tiga kali tamat, tidak juga ada celah yang kutemukan. Aku berasa cukup selesa dengan segala hal yang dijelaskan Al-Quran.

Bahagian yang paling sukar dalam perjalanan ini adalah aku bertanya-tanya seperti apa aku nantinya. Adakah aku jadi seorang yang aneh. Berpakaian dan bercakap berbeza di mata orang lain?

Apa yang akan difikirkan keluarga, teman, dan rakan kerja tentangku?

Dan yang terpenting, apa yang akan saya fikirkan tentang diriku sendiri? Jadi seperti apa aku nanti?

Aku akan meluangkan masa, melayari di dunia maya, mencari tahu cerita orang-orang yang telah lebih dulu melalui pengalaman ini. Yakni sendirian memeluk Islam. Ia seolah-olah tak ada yang sama dengan saya. Perjalanan masing-masing orang tentu saja unik dan berbeza-beza. Bagaimanapun penting bagiku untuk mengetahuinya. Menyusuri jalan yang sama. Secara ringkasnya, aku beralih membaca dunia dalam talian -dari membaca Alquran- kerana aku takut kelihatan aneh.

Media dalam talian juga sangat bagus untuk mengetahui bagaimana solat dipraktikkan dalam bahasa Arab, untuk mendengar Al-Quran dibacakan dengan suara keras atau mungkin untuk mendengar beberapa muzik Islami. Bagiku, muzik juga baik untuk memberi inspirasi kepada beberapa ungkapan yang mula ingin kugunakan.

Pada dasarnya, semua ini penting. Aku mempersoalkan semuanya. Dan memang pelbagai maklumat itu mutlak diperlukan dalam berpindah agama. Anda mempersoalkan diri sendiri. Anda mempersoalkan apa yang anda dengar, dan apa yang anda baca.

Jika ada sesuatu yang tidak beres menurutmu, tentu ini indikasi jelas bahawa hal ini bukan untuk anda. Anda harus mendengar dengan baik dengan gerak hati dan hati anda.

Proses ini kulalui kira-kira 18 bulan. Beberapa orang, butuh waktu lebih sedikit. Tapi ada juga yang lebih. Sementara aku melakukan semua ini sendirian, tanpa ada yang membantu. Semasa proses ini, aku belum pernah bertemu seorang muslim pun.

Selepas 18 bulan, saya menganggap diriku adalah seorang muslim. Aku solat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, hanya makan dan minum sesuatu yang sesuai dengan tuntuna Al-Quran.

Setelah itu, baru kutemukan sebenarnya ada sebuah masjid kecil di kotaku. Aku berkunjung, mengetuk pintu, dan mengenalkan diriku.

penutup

Benarlah apa yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan,

لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ وَأَهْلَهُ وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْشِّرْكَ وَأَهْلَهُ

“Agama ini akan menyebar sejauh jarak yang dicapai malam dan siang, dengan kemulian orang yang mulia dan kehinaan orang yang terhina; yaitu kemuliaan yang dengannya Allah akan memuliakan Islam dan penganutnya, dan menghinakan kesyirikan dan pengikutnya. “(HR. Ahmad dari Tamim ad-Dary radhiallahu ‘anhu).

Dari kisah perjalana keislaman Alan Rooney, kita mendapatkan bahawa Al-Quran itu mempunyai pengaruh luar biasa di hati manusia. Rooney membacanya hingga tiga kali tamat. Namun sayang, sebahagian umat Islam pada hari ini, belasan tahun mereka memeluk Islam tetapi belum pernah sekalipun tamat membaca terjemah Al-Quran. Terlebih lagi membaca tafsirnya. Kesannya, apabila ada ayat-ayat Al-Quran yang baru mereka dengar dan hal itu bertolak belakang dengan keinginan mereka, dengan mudah mereka tolak.

Sumber: https://www.allamericanmuslim.com/alan-rooney/ via detikislam

Akhir Zaman Quran Kata Bumi Dan Gunung Akan HANCUR LEBUR. Ini Puncanya

Akhir Zaman Quran Kata Bumi Dan Gunung Akan HANCUR LEBUR. Ini Puncanya

Hati siapa yang tak bergetar bila mengetahui akhir zaman nanti bumi dan gunung ganang yang terpasak kuat akan hancur lebur. Bila mendengar perkara ni, terus kita akan mengingat kepada kematian. Tetapi saja la kami Khalifah Mail Online ingin bertanya tahukah anda semua apakah ayat-ayat Quran yang bercerita tentang kemusnahan akhir zaman ni? Jom baca perkara ini di bawah. Puncanya tak lain tak bukan bila datangnya Hari Kiamat.

ALLAH SWT memberi tahu kita bahwa bumi kita yang tenang ini dan gunung-gunung yang meninggi dan kukuh di atasnya, pada hari kiamat, ketika sangkakala ditiup, menjadi hancur lebur sekaligus.

“Apabila sangkakala ditiup satu kali, dan bumi serta gunung-gunung diangkat lalu dilenturkan sekaligus (hingga hancur), maka pada hari itu terjadilah kiamat,” (QS. az-Zumar: 67).

“Janganlah begitu. Ingatlah, ketika bumi benar-benar digempur hingga hancur lebur,” (QS. al-Fajr: 21).

Ketika itu, gunung-gunung yang kokoh dan keras ini berubah menjadi pasir yang halus, sebagaimana dikatakan Allah SWT, “Pada hari bumi dan gunung-gunung berguncang keras, dan gunung-gunung menjadi gundukan pasir yang berterbangan,” (QS. al-Muzzammil: 14).

Pada bagian lain, Allah menggambarkan bahwa gunung-gunung itu menjadi seperti wol, yaitu bulu domba. “Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu domba,” (QS. al-Ma’arij: 9).

Kemudian Allah SWT memusnahkan gunung-gunung ini dan meratakan bumi hingga tidak ada tempat yang menonjol dan tidak ada pula yang legok. Al-Qur’an menggambarkan pemusnahan gunung-gunung itu dengan ungkapan, pada satu tempat, menerbangkannya dan, pada tempat lain, menghancurleburkannya.

“Dan apabila gunung-gunung diterbangkan,” (QS. at-Takwir: 3).

“Dan gunung-gunung diterbangkan, maka gunung-gunung itu menjadi fatamorgana,” (QS. an-Naba: 20).

“Dan apabila gunung-gunung telah dihancurleburkan,” (QS. al-Mursalat: 10).

Kemudian Allah menjelaskan keadaan bumi setelah gunung-gunung diterbangkan dan dihancurleburkan. “Dan pada hari Kami terbangkan gunung-gunung dan kamu lihat bumi itu jelas,” (QS. al-Kahf: 47). Yakni, jelas tanpa tonjolan dan lekukan, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah yang lain, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang gunung-gunung. Katakanlah, ‘Tuhanku akan benar-benar menghancurleburkannya, lalu dibiarkan-Nya menjadi tanah kosong Kamu tidak melihat ada lekukan di sana,” (QS. Thaha: 105-107).

Sumber: Islampos via pucukpaku

Jangan Merajuk Dengan Allah

Jangan Merajuk Dengan Allah

Dalam hidup ini ada perkara berjalan tidak seperti yang kita harapkan. Kita mengharapkan dapat, namun belum beroleh rezeki.

Kita berharap banyak, namun diberi sedikit dan kita juga berharap kekal, namun takdirnya tidak lama. Jadi kita pun tertanya-tanya sampai membawa kepada rasa kecewa dan terluka.
Hidup tak dapat lari daripada ujian
Hakikatnya ujian hadir untuk semua orang. Tuhan bukan menguji kita saja-saja.
Selain untuk menjadikan kita lebih kuat (kerana Dia Yang Maha Tahu itu tahu kekuatan kita), ujian juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu dan meningkatkan darjat kita.
Kadangkala mungkin kita diuji sedikit hari ini hanya untuk mengelakkan perkara yang lebih mudarat di masa depan.
Kadangkala ujian hadir hanya mahu mengukur sejauh mana rasa mahu dan usaha kita. Adakah kita benar bersungguh dan ikhlas.

Di situlah hikmahnya, iaitu kita perlu perbaiki niat dan usaha kita. Semua di dunia sifatnya sementara, begitu juga ujian. Pasti akan hilang dan berlalu juga.

Yang kita lihat sedang tersenyum dan mewah, pasti juga diuji namun mungkin saja kita tidak nampak.
Sebelum terlalu jauh membanding dengan yang lain, lihat dulu nikmat yang kita ada, mungkin itu yang mereka dan yang lain juga tiada.
Dan yakinlah semua kita ada bahagian-bahagiannya, begitu juga dengan rasa gembira.
Para Nabi juga diduga
Para Nabi juga diuji. Ada yang diuji dengan sikap kaumnya (Nabi Lut), penentangan dakwah oleh keluarga sendiri (Nabi Nuh), ada yang diuji dengan kesakitan yang mudarat (Nabi Ayub), malahan ada juga diuji dengan wanita (Nabi Yusuf) dan juga kemewahan (Nabi Sulaiman).
Malahan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah diuji dengan pelbagai ujian, antaranya adalah tahun dukacita (‘Aamul Huzni), tahun yang mana dia kehilangan dua orang yang amat dikasihinya
iaitu pak ciknya Abu Talib serta isterinya Khadijah binti Khuwaild dan menghadapi penentangan dakwah oleh penduduk Thaif. Saat yang lebih berat dirasakan berbanding kekalahan dalam peperangan Uhud.
Namun Allah mengurniakan nikmat yang lebih besar setelah itu, antaranya peristiwa Israk dan Mikraj. Yang kita sendiri tahu banyak peristiwa menarik melaluinya terutamanya solat

Tapi, kenapa kita diuji?
Muhasabah adalah satu sikap yang bagus. Persoalan-persoalan yang membawa kita menemui semula jalan dan kembali kepada kebenaran. Namun bukan untuk selamanya menyalahkan lantas membawa kepada kekecewaan dan hilang pertimbangan.
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Surah Al-Mulk 67: ayat 2)

Bukan semua diuji seperti kita, yang dapat melihat diri semula, yang berpeluang memperbaiki, yang diangkat darjat dan diampun dosa malahan mungkin ujian itu juga salah satu cara kita menerima perunjuk dan hidayah.

Sedarlah kita hanya hamba. Kepada Dialah kita perlu sandarkan harap.
Boleh saja menangis dan meluah. Adalah normal untuk kita bersedih. Namun bukan untuk meratap dan tidak bergerak.
Perjalanan hidup masih panjang, dan janganlah sia-siakan umur yang berbaki hanya kerana satu dua perkara yang menggguris hati.
Apa yang berlaku dalam diri kita ini sangat perlu dijaga. Putus asa bukanlah sikap orang beriman. Kita semua masih ada harga diri dan matlamat utama dalam hidup. Maka teruskanlah perjalanan sementara ini.
Walaupun kita mungkin saja belum menemukan cara memeluk bahagia, namun elakkanlah terlalu menikmati luka. Hidup sementara adalah untuk dihargai. Percayalah, akan ada hikmah di hadapan menanti.
Allah tidak zalim
Banyak bukti di sekeliling kita malahan dalam ayat Al-Quran juga menyatakan betapa Allah tidak akan sesekali menzalimi diri kita, melainkan kita sendiri yang menzalimi diri kita
Malahan kita akan dapat berlipat kali ganda pahala jika mengerjakan amal kebaikan.
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.” (Fussilat 41:ayat 46)
Kita mungkin saja merajuk dan kecewa, namun kita tidak akan mampu sesekali menafikan semua rezeki pemberianNya.
Daripada saat kita bernafas dan melihat dunia, seterusnya kepada memperoleh apa yang kita telah dan sedang ada sehinggalah kepada usia kita yang semakin bertambah. Terlalu banyak untuk dihitung. Masya-Allah.
Yakinlah, pelangi pasti akan muncul!
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” [HR.Muslim (no.2664)]
Kekuatan setiap orang tak sama, tapi semua orang kuat dengan jalan masing-masing. Jika dahulu boleh, sekarang mesti juga boleh. Jika dahulu pernah kuat, akan datang insya-Allah akan lebih kuat.

Allah itu Maha Penyayang. Dia sendiri telah menyatakan setiap kesulitan itu akan ada kemudahan selepasnya, 2 kali dinyatakan dalam surah Ash-Syarh (al-insyirah). Pastinya ada, tetap akan ada dengan izin-Nya.

Letakkan pengharapan hanya pada Allah. Berusaha, berdoa dan berserahlah!
Doa itu tiada keterbatasan dan rahmat Allah itu terlalu luas, maka berdoalah apapun selagi tak mendatangkan dosa. Haraplah hanya pada-Nya.
“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar 39: ayat 10)
Sabarlah kerana Allah itu sentiasa bersama orang yang sabar. Untuk semua bakal ahli syurga, berhentilah merajuk dan semoga menemukan pelangi!

Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Berasal dari Selangor. Meminati bidang fotografi, suka menulis dan amat gemar membaca. Ikuti perkembangan beliau di blog http://arnamee.blogspot.my/

Dari Mana Punca Air Sungai ? Jawapan AL QURAN Sangat MENAKJUBKAN. Subhanallah… JOM SHARE DAN LIKE

Dari Mana Punca Air Sungai ? Jawapan AL QURAN Sangat MENAKJUBKAN. Subhanallah.

Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini jawapan dari Al Quran.. Allahu. Subhanallah.

TEORI PUNCA AIR SUNGAI

Seperti yang diceritakan oleh FB Saiful Nizar Abd Rahim. Dari aku kecil hingga skrg walau secara teorinya aku faham ttp secara logik akal aku masih tertanya2. Iaitu dari mana datangnya sumber air sungai.

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yg mengalir melalui tanah dan batu2. Ada yg kata mata air tesimpan di celah2 pokok dan batu2 di hutan. Dari situ terjadinya sungai.

Memang benar tp akal fikir banyak mana sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah kita faham ttp jika di tempat yg tinggi.. mcm mana mata air tu boleh naik tinggi.

Aku selalu tengok Google map paparan satelite. Mmg kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tp ada jg dari celah kampung mana ntah bermulanya punca sungai.

Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba2 keluar bercabang2 air terjun.. lagi pening. Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yg dpt kita kata hanya MasyaAllah, Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh2an, haiwan dan semuanya.

PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN

Antara apa yg disebut oleh Allah di dlm Al-Quran ttg punca sungai..

Maksud firman Allah: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” – Al-Baqarah:74 .

Sumber: FB Saiful Nizar Abd Rahim via http://khalifahmailonline.com

Inilah Para Penghuni Langit Pertama Hingga Ke 7 Yang Jarang Di Ketahui Orang… JOM SHARE

Inilah Para Penghuni Langit Pertama Hingga Ke 7 Yang Jarang Di Ketahui Orang

Peristiwa Isra Mi’raj adalah peristiwa agung dan penting didalam kehidupan Nabi Muhammad SAW. Waktu itu Nabi ditemani dengan malaikat Jibril mengalami perjalanan dari Mekkah sampai ke Baitul Maqdis. Dan pada peristiwa Isra Mi’raj ini, Nabi bertemu dengan Allah SAW dan memperoleh perintah dari Sang Pencipta untuk menggerakkan shalat 5 waktu sehari-harinya.

Saat perjalanan mulia itu, Nabi mengendarai hewan bersayap dan memiliki ukuran besar, tubuhnya bahkan juga melebihi keledai, berwarna putih dan panjang.

Hewan ini dikatakan sebagai Buraaq dan satu langkahnya dapat menempuh jarak sangat jauh dalam waktu relatif cepat sampai sejuta mata melihat. Serta dalam perjalanan berikut Nabi Muhammad melewati tujuh tingkat langit lalu bertemu para penghuninya di tiap-tiap tingkatan langit itu. Berikut beberapa penghuni langit ke 1 sampai ke 7.

DI BAWAH INI PENGHUNI LANGIT 1 SAMPAI 7 YANG DIDAPATI OLEH RASUL, YAITU :

1. Langit pertama

Di tingkat pertama ini Nabi bertemu dengan wali Allah SWT dan manusia yang pertama kalinya di ciptakan di bumi, yaitu Nabi Adam AS. Di pertemuan ini Nabi Adam AS membekali Rasul dengan doa supaya setiap masalah yang dihadapi oleh Nabi bakal senantiasa di beri kebaikan.

Sesudah bertegur sapa dan sama-sama mengatakan salam, lalu Nabi Muhammad SAW pergi dari langit pertama untuk meneruskan perjalanan ke tingkatan kedua.

2. Langit kedua

Pada tingkatan kedua ini Rasulullah SAW bertemu Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS. Dan mereka juga sama-sama bertegur sapa dan mengucapkan salam sama dengan di langit pertama.

Kedua Nabi pendahulu Rasulullah SAW ini dapat membekali doa kebaikan pada Nabi Muhammad SAW sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke tingkat langit ketiga.

Image result for Inilah Para Penghuni Langit Pertama Hingga Ke 7 Yang Jarang Di Ketahui Orang

3. Langit ketiga

Di tingkat ini, Nabi bertemu dengan penghuni langit ke 3 yang yaitu Nabi Yusuf AS, manusia paling tampan yang Allah SWT pernah ciptakan di muka bumi.

Tidak hanya doa kebaikan yang didapatkan pada Rasul waktu mereka bertegur sapa dan saling mengatakan salam, rupanya Nabi Yusuf AS juga memberi setengah ketampanannya untuk Rasul sebelumnya ia terbang meneruskan perjalanannya.

4. Langit keempat

Penghuni langit ke empat yaitu Nabi Idris AS yang pernah berdakwah di Mesir pada Bani Qabil dan Memphis dan manusia pertama yang mengetahui tulisan. Dan sama dengan tingkatan terlebih dulu, mereka sama-sama bertegur sapa dan Nabi Idris memberi doa supaya semua masalah yang dikerjakan oleh Rasul diberikan kebaikan.

5. Langit kelima

Di langit ke lima ini Rasulullah bertemu dengan Nabi Harun AS yang mengikuti Nabi Musa AS dalam melepas Bani Israil dari tangan Firaun.

Nabi Harun AS ini di kenal sebagai seorang yang pintar bicara dan meyakinkan orang. Waktu mereka bertegur sapa, Nabi Harus AS mendoakan Rasulullah SAW supaya tiap-tiap masalah yang dikerjakan mendapatkan kebaikan.


Image result for Inilah Para Penghuni Langit Pertama Hingga Ke 7 Yang Jarang Di Ketahui Orang

6. Langit keenam

Sesudah berjumpa dengan Nabi Harus AS di tingkat terlebih dulu, di sinilah Rasulullah bersua dengan Nabi Musa AS yang telah membantu Bani Israil terlepas dari Raja Firaun dan membimbing mereka pada kebenaran Illahi.

Dan ketika Rasulullah berjumpa dengannya, mereka sama-sama mengatakan salam seperti dua teman dekat yang telah lama tak pernah berjumpa di mana penuh dengan keakraban. Sebelumnya Rasulullah terbang meninggalkan tingkat ke enam, Nabi Musa AS juga memberi doa kebaikan.

7. Langit ketujuh

Di sinilah Rasulullah berjumpa dengan Nabi Ibrahim AS, teman dekat Allah SWT sekalian ayah beberapa Nabi. Disini Rasul di ajak untuk pergi ke Sidratul Muntaha sebelumnya beliau bertemu dengan Allah dan Sidratul Muntaha berikut sebagai sinyal akhir dari batas langit ke 7.

Sidratul Muntaha juga adalah tempat Rasulullah SAW berdialog dengan Sang Pencipta dan terima perintah shalat 5 waktu.

Berikut beberapa penghuni langit pertama sampai ke 7 yang dapat di ketahui lewat peristiwa mulia Isra Mi’raj.

Sumber : http://mymediaprima.today/2018/01/inilah-para-penghuni-langit-pertama-hingga-ke-7-yang-jarang-di-ketahui-orang/