Meninggal Ketika Baca Quran – Ica peluk bapa, minta diajar mengucap

Meninggal Ketika Baca Quran – Ica peluk bapa, minta diajar mengucap


DUA abangnya dijemput Ilahi ketika bersolat berapa tahun lalu, dan Khamis lalu, Aisyah Bahar, gadis cantik serta pintar menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca al-Quran di pangkuan bapanya pada usia baru 22 tahun.

Selepas selesai solat subuh berjemaah di masjid di kampungnya di di Kabupaten Bone dekat Makasar, Sulawesi Selatan, Aisyah membaca al-Quran, meminta bapanya membetulkan jika salah.

Ketika membaca surah Al-Mutaffifin, dia memeluk bapa, meminta diajarkan dua kalimah syahadah.

“Tiba-tiba ia memeluk saya, minta dipandu membaca syahadah. Selepas itu dia meninggal dunia,” kata bapanya Andi Bahar Jufri menceritakan detik anak kelimanya itu meninggal dunia 4 Januari lalu.

Menurut laporan portal Liputan6, Aisyah Bahar, gadis cantik dan rajin melakukan ibadat adalah lulusan Universiti Hasanuddin dan bakal memulakan pekerjaan dengan pasukan makmal penternakan di universiti berkenaan.

Menurut bapanya, pada malam menjelang kematiannya, Asiyah yang dipanggil Ica, bangun menunaikan solat malam dan bersahur kerana akan berpuasa sunat keesokannya.

“Itu rutin biasa Ica, berpuasa Isnin dan Khamis. Ketika itu kami lihat keadaannya baik saja, tiada yang janggal,” katanya hari ini.

Ica, lulusan terbaik Fakulti Ternakan itu kemudian ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan selepas itu meminta bapanya menemaninya membaca al-Quran, membetulkan bacaannya jik salah.

“Tidak pernah dia meminta ditemani seperti itu,” kata bapanya.

Menurut Andi Bahar, sebelum ini Ica mengadu sering sakit kepala namun pemeriksaan doktor tidak menemukan sebarang masalah.

Aisyah dikebumikan di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) Moncongloe, Maros, Sulawesi Selatan, tidak jauh dari rumah keluarganya.

Menurut Andi Bahar yang mempunyai lapan anak, dua abang Aisyah, Andi Ibrahim dan Andi Astri, yang terlebih dahulu dijemput Ilahi juga meninggal dunia ketika bersolat, beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Andi Ibrahim yang hafaz al-Quran, meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika bersolat sunat Tasbih pada Ramadan 2009.

Anak keduanya, Andi Astri, meninggal dunia selepas selesai membaca tahiyat akhir ketika sedang bersolat malam di Pondok Gede, Jakarta, pada 2011.

Andi Bahar berkata, dia reda menerima ketentuan Allah dan amat bahagia kerana anak-anaknya meninggal dunia ketika sedang beribadat kepada Tuhan.

SubahanaAllah, Gadis Ini Meninggal Ketika Sedang Baca Al-Quran Selepas Solat

KETIKA malaikat maut menghampiri, tiada seorang pun akan mampu ‘berlari’ untuk bersembunyi mahupun mengelak.

Bahkan meskipun dikelilingi pakar dan peralatan canggih sekalipun, setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mengalami mati.

Laman sesawang media sosial hari ini dibanjiri dengan kata-kata takziah diucapkan kepada seorang mahasiswi terbaik lulusan universiti ternama, Universitas Hasanuddin (UNHAS) yang meninggal dunia dalam satu kejadian di Indonesia, pada pagi Khamis.

Gadis bernama Aisyah Bahar itu menjadi bualan dalam kalangan netizen kerana arwah meninggal dunia dalam keadaan ‘Husnul Khatimah’ yang mana pengakhiran hayat yang baik.

Memetik sumber, ketika kejadian arwah yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran selepas menunaikan solat fardu Subuh tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia.

Dalam pada itu, sepupu arwah dikenali sebagai Andi Wahyuni juga memaklumkan bahawa arwah sedang menjalankan ibadah puasa sunat ketika itu dan bakal bernikah tidak lama lagi.

“Arwah meninggal ketika sedang membaca al-Quran sejurus selesai menunaikan solat Subuh. Pada ketika itu arwah sedang berpuasa sunat dan sebelum meninggal Aishah sempat mengucapkan 2 kalimat syahadat. Aisyah juga bakal bernikah tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, ayah arwah bernama Andi Bahar Jufri memberitahu bahawa pada malam kejadian, Aishah memaklumkan dia ingin berpuasa sunat.

“Selepas bersahur, kami menunaikan solat subuh di masjid. Sejurus pulang dari masjid, arwah meminta tolong untuk mendengarnya mengaji dan memeriksa tiap bacaannya.

“Hanya dalam beberapa ayat, tiba tiba arwah rebah di pangkuan saya dan sempat mengucap sebelum meninggal dunia,” katanya.

Tambah Bahar lagi, Aisyah tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu mengalami sakit kepala.

Ditanya mengenai perkahwinan arwah, Bahar berkata, Aishah sememangnya bakal bernikah dan hanya tinggal menunggu hari yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Al-Fatihah…
Posted in: Global

Aku Bukan Orang Jahat, Tapi Kenapa Aku Malas Solat?

Aku Bukan Orang Jahat, Tapi Kenapa Aku Malas Solat?

Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang.

Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila time iman naik sikit kan. Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa.

Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?”

“Aku bukan orang jahat. Aku jenis manusia yang suka sangat bantu orang lain. Kadang-kadang hati aku tersentuh lihat pengemis tepi jalan. Aku tak sanggup tengok jadi aku bersedekah. Aku pun macam muslimah lain.

kepentingan solat, wajib solat, solat awal waktu, dosa tinggalkan solat, hukuman tinggalkan solat,

Berpakaian macam perempuan lain kebanyakan tetapi mungkin ada satu, dua, tiga yang tak sempurna. Aku tahu tapi mungkin itu boleh diubah lagi. Tetapi yang paling aku risau, aku susah sangat nak ubah diri yang malas solat. Aku tahu berdosa tapi senang sahaja aku membiarkan waktu solat berlalu tanpa mendirikannya. Kenapa aku jadi macam ni? I…I just don’t get it…Please, help me…”

1. Sebab tak sedar diri itu hamba Allah.
2. Sebab tak ingat mati.
3. Sebab seronok hidup dekat dunia.
4. Sebab tak fikir waktu sakaratul maut nanti.
5. Sebab lalai dengan kemewahan.
6. Sebab kurang ilmu agama.
7. Sebab terlalu mengikut hawa nafsu.
8. Sebab malas mujahadah.
9. Sebab solat dianggap sekadar ritual yang tidak dihayati.
10. Anda bagilah sebab sendiri. Diri sendiri lebih kenal diri sendiri. Tanya diri sendiri kenapa aku jadi begini.

Anda melihat manusia yang berbuat baik terhadap kucing jiran tetapi apabila pulang ke rumah, kucing sendiri disepak dan disiksa. Pelik tak? Begitulah kelihatannya. Berbuat baik kepada manusia tetapi hubungan diri sendiri dengan Allah melalui solat sendiri tidak dijaga. Bagaimana begitu?

Anda baik dengan manusia sekarang. Kenapa tidak dilengkapkan sahaja kebaikan itu dengan solat yang sempurna?

Solat itu menyucikan jiwa dan hati. Terutama menyemai rasa ikhlas dalam melakukan amalan. Bimbang andai kebaikan selama ini yang dilakukan mungkin hanya kepuraan di hadapan manusia sedangkan solat ditinggal di belakang manusia.

Bimbang. Kerana solat yang ditinggal, amalan kebaikan yang lain tersangkut waktu hari perhitungan.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara.

“Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati”

Kalau kita boleh fikir masa hadapan. Mahu kahwin. Mahu kereta besar. Mahu rumah besar. Duit pun kalau boleh nak besar tak muat kilang proses duit palsu Saidina. Kenapa kita tidak boleh fikir yang ke hadapan lagi? Bukan tentang soal hidup di dunia sahaja. Tetapi juga soal hidup sesudah mati.(akhirat).

Ingat mati sentiasa. Bukan fikiran itu hanya sepenuhnya pada dunia. Seronok di dunia. Tetapi tidak sedar sebenarnya keseronokan yang ada ini sementara cuma. Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat sana.

Cara lebih mudah mengingat mati dengan meletakkan kain kafan di dalam almari baju,setiap anda menukar baju setiap kali itulah terpandang kain kafan,jelas anda akan mengingat mati.

“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa” (Surah Taha ayat 132)

Sumber : Kata Ustaz

KISAH POHON YANG BERJALAN KEPADA NABI SAW

KISAH POHON YANG BERJALAN KEPADA NABI SAW

“Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam”. (QS.Al Anbiyaa: 107)

Assalamu ‘alayka ayyuhannabiyyu wa rohmatullahi wabarokatuh

Berpeganglah erat pada rahmat itu, rangkullah keindahan cinta kepada nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. seluruh makhluk di alam semesta ini tunduk kepada nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dengan izin Allah subhanahu wata’ala.

Dahulu di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam, suatu ketika seorang baduwi lewat dihadapan Rasulullah kemudian rosul bertanya: “wahai fulan, hendak kemanakah engkau?” dia menjawab : “pergi untuk bersilaturrahmi ke rumah si fulan”, maka Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam berkata: “Maukah engkau kuberi sesuatu yang lebih berharga daripada hal itu?”, orang baduwi itu berkata : “apa itu?”, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَإِنِّي مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله

“Engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Muhammad utusan Allah”

Kemudian orang baduwi itu bertanya : “apa yang akan aku dapatkan jika aku mengucapkannya, dan apa yang bisa membuktikan bahwa kalimat itu benar?”, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “lihatlah pohon yang sangat besar itu, hampirilah pohon itu dan katakan padanya : “wahai pohon! Engkau dipanggil oleh Muhammad”.

Orang baduwi itu pun merasa ragu untuk menjalankan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam karena dia menganggap hal yang mustahil terjadi, namun akhirnya ia melaksanakannya dan berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Aku akan panggil pohon itu, namun jika pohon itu tidak mengikuti perintahmu maka akan kutebas lehermu”, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “baik, lakukanlah”.

Maka orang baduwi itu berjalan menuju pohon besar itu, dan ketika sampai didepan pohon itu ia berkata : “wahai pohon! engkau dipanggil oleh Muhammad”, maka dalam sekejap pohon itu pun mulai menarik akar-akarnya sehingga seluruh akarnya keluar dari dalam bumi lalu berjalan menuju kehadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pohon itu berkata :

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamu ‘alayka ayyuhannabiyyu wa rohmatullahi wabarokatuh…

“Salam sejahtera atasmu wahai nabi serta rahmat dan keberkahan-Nya”

Melihat kejadian tersebut, orang baduwi itu terpaku antara sadar dan tidak karena telah melihat pohon yang sangat besar menyeret akar-akarnaya dari dalam bumi kemudian berjalan menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengucapkan salam kepada beliau shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka orang baduwi itu hendak menguji Rasulullah lagi dengan meminta beliau shallallahu ‘alaihi wasallam agar memerintah pohon itu untuk kembali pada tempatnya, si baduwi itu mengira jika beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya mampu memanggilnya saja, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memenuhi permintaan baduwi itu dan berkata : “wahai pohon! kembalilah engkau ke tempatmu!”, maka pohon itu pun menyeret semua akar-akarnya dan kembali ke tempatnya, seakan telah dibantu oleh bumi untuk kembali ke tempat asalnya. Kemudian orang baduwi itu berkata :

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah”

Hal yang demikian adalah hal yang sangat mudah bagi sang nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam…

Diceritakan oleh: Alhabib Munzier Al-Musawa

Kisah Pohon yang Merunduk Ketika Rasulullah SAW Berhenti Dalam Perjalanan Beliau Ke Syam Bersama Paman Beliau

Para ulama sirah (sejarah nabi) menyebutkan bahwa saat Rasulullah dan paman beliau Abu Thalib dalam perjalanan ke negeri Syam. Ketika keduanya dalam perjalanan, mereka senantiasa dinaungi oleh awan.

Tidak hanya itu, ketika keduanya berhenti di sebuah tempat, di dekat rumah seorang Rahib (pendeta), beliau Shallallahu ’alaihi wa sallam disuruh paman beliau untuk menunggu barang dagangannya di pinggir jalan.

Tiba-tiba saja Rahib tersebut melihat sebatang pohon merunduk ke arah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menaunginya dari panas terik matahari. Saat melihat hal tersebut, Rahib berkata dalam hatinya: ”Sesungguhnya ini tidaklah terjadi kecuali pada seorang Nabi.”

Lalu Rahib itu mengajak mampir ke rumahnya, dan menyuruh Abu Thâlib membawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam cepat-cepat pulang ke Mekah. Ia berkata: ”Anak ini akan memiliki kemulian, jika orang-orang Yahudi mengetahuinya maka mereka akan membunuhnya.” Rahib itu mengetahui hal itu dari kitab Taurât dan Injîl yang dimilikinya

Meskipun mengetahui hal ini, akan tetapi Rasulullah SAW maupun para sahabatnya tidak ada yang menganggap pohon tersebut sakti ataupun keramat.

-kisah tauladan-

sumber: pucukpaku