Make Tea bersama Pokya Cong Codei

Make Tea bersama Pokya Cong Codei

Sabri (tengah) bersalam dengan Azran selepas sidang media khas itu.

KOTA BHARU – Buat julung kalinya, Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) akan menganjurkan program santai bersama pelakon terkenal Sabri Yunus atau Pakya Cong Codei di Hotel Grand Riverview, 22 Febuari ini.

Presiden KEMUDI, Azran Fitri Ab Rahim berkata, majlis yang dinamakan “Make Tea bersama Pokya Cong Codei, Sengoti atau Lipak” ini membuka ruang kepada peminat setia pelakon itu untuk bermesra dan bertanya khabar Sabri yang kini semakin popular dengan gelaran Pokya tersebut.

“Program ini juga adalah untuk menaikkan martabat budaya Kelantan. Ia sekaligus mengetengahkan Sabri sebagai anak Kelantan yang berjaya membuka mata ramai pihak mengenai idea penghasilan cerita yang bersifat kebudayaan tersebut,”katanya dalam sidang media khas majlis tersebut disini.

Turut hadir, Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotel GRV, Raja Rusmin Raja Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Purity Petroil Resources Sdn Bhd, Mohd Zaidi Ismail.

Menurutnya, untuk penganjuran kali ini, KEMUDI turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik KEMUDI iaitu Hotel Grand Riverview, selain syarikat Purity Petroil Resources Sdn Bhd.

Beliau berkata, penyertaan dibuka kepada semua rakyat Kelantan dan bayaran yang dikenakan hanyalah RM50 sahaja.

“Kita bagi peluang kepada semua peminat untuk bertanya khabar dengan Sabri pada majlis itu, selain Sabri sendiri akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai telemovie Pokya Cong Codei tersebut.

“Saya yakin program dua jam itu nanti akan memberi ruang yang cukup kepada semua peminat untuk berbicara secara ilmiah dan santai dengan Sabri,”katanya.

Sementara itu, Sabri dalam sidang media yang sama turut berkongsi, watak Pokya Cong codei yang kini hangat ditularkan telah melonjakkan namanya selepas berpuluh tahun hidup dalam industri ini.

Bagaimanapun, Sabri hanya menganggap ia sebagai satu fenomena biasa yang bersifat sementara, dan pernah dialaminya sewaktu membawa watak Wan Ismail Golok satu masa dulu.

“Saya sejak dulu lagi membawa diri saya sebagai Sabri Yunus, bukan Wan Ismail Golok dan sebagainya. Itu jati diri saya dan membawa langkah saya lebih jauh dalam industri ini.

“Walaupun orang mengenali saya dengan pelbagai nama, tapi saya tetap Sabri Yunus. Saya akan berkongsi banyak lagi tentang watak dan cerita disebalik watak Pokya yang saya lakonkan itu pada majlis Make Tea nanti, Insyaa-ALLAH,”katanya.

Program tersebut akan bermula jam 2 petang sehingga 4 petang di Hotel Grand Riverview. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya, anda boleh menghubungi Abe Ya di talian 018-9009259 untuk sebarang maklumat lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Pok Ya Cong Codei jadi drama bersiri

Pok Ya Cong Codei jadi drama bersiri


KUALA LUMPUR – Pe­ngarah dan pelakon Sabri Yunus bakal muncul de­ngan drama bersiri Pok Ya Cong Codei selepas telefilem­nya yang disiarkan di saluran Astro Citra Exclusive dan Mustika HD pada 20 Januari lalu menjadi tular dalam kalangan peminat.

Kata Sabri, 57, populariti dalam te­lefilem itu juga memberi limpahan rezeki apabila beliau banyak menerima tawaran termasuk daripada sebuah agensi umrah yang menawarkan untuknya mengerjakan ibadah umrah.

Lebih istimewa, katanya, tawaran itu hadir dengan menawarkan beliau untuk menginap di Hotel Concorde Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini. Jadi untuk itu saya akan kembali dengan drama bersiri dan Pok Ya Cong Codei versi ta­yangan Hari Raya Aidilfitri.
Advertisement

“Bagi peranca­ngan versi drama pula, ia akan disiarkan seba­nyak 13 episod. Bagaima­napun, se­galanya masih dalam perancangan kerana buat masa ini saya dalam pro­ses menghasilkan Pok Ya Cong Codei untuk sia­ran Aidilfitri,” ujarnya ketika ditemui di Studio TVKos­mo! selepas sia­ran langsung program bual bicara Jangan Ingat Kami Tak Kisah semalam.

Sumber: Kosmo

Malaysia Destinasi Persaraan Terbaik Asia, Ke-5 di Dunia

Malaysia Destinasi Persaraan Terbaik Asia, Ke-5 di Dunia

Sumber foto: antarapos.com

Menerusi sebuah indeks persaraan daripada InternationalLiving.com baru-baru ini, Malaysia didedahkan menduduki tangga teratas bagi lokasi pilihan paling sesuai buat para pesara di negara Asia pada tahun 2018.

Berdasarkan kajian tersebut yang juga melibatkan faktor-faktor lain seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim, Malaysia berada di tempat kelima di peringkat antarabangsa.

Malaysia juga dilaporkan sebagi sebuah lokasi ideal disebabkan kriteria seperti iklim tropika dan tawaran pilihan terbaik untuk tujuan pesaraan sama ada di kawasan bandar atau pekan kecil, yang majoritinya dipenuhi alam semula jadi atau pantai.

Pesara mampu tinggal selesa di Malaysia dengan jumlah yang cukup kecil iaitu AS$2,500 (RM9,894.97), jika dibandingkan dengan kos hidup di negara barat.

Sementara itu, kedudukan ini juga ditentukan menerusi pelancongan kesihatan negara, iaitu elemen pilihan yang menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti pada kos berpatutan. Malah, terdapat juga variasi restoran dan barangan runcit antarabangsa buat pesara yang mahu rasa seolah-olah berada di negara sendiri.

Di samping itu, laman web itu turut menyambut baik program “Malaysia Rumah Keduaku” atas dasar visa persaraannya yang merupakan antara pilihan terbaik di dunia. Ini memudahkan proses perpindahan para pesara ke negara ini.

Indeks tahunan tersebut merekodkan sebanyak 24 tempat perlindungan utama persaraan di seluruh dunia, dengan kualiti persaraan dijadikan sebagai ukuran penting.

Negara selebihnya yang juga tersenarai ialah Costa Rica (tempat pertama), Mexico (tempat kedua), Panama (tempat ke-3), Ecuador (tempat ke-4), Colombia (tempat ke-6), Portugal (tempat ke-7), Nicaragua (tempat ke-8), Sepanyol (tempat ke-9) dan Peru (tempat ke-10).

Sumber berita: Bernama & Utusan Online

Malaysia bakal melaksanakan sistem Tol MLFF bermula 2018

Malaysia bakal melaksanakan sistem Tol MLFF bermula 2018

Berita baik bagi anda yang selalu kemurungan terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Dijangkakan kerajaan Malaysia akan mula melaksanakan percubaan dan penukaran sistem tol kepada Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (Multi Lane Free Flow / MLFF) secara berperingkat mulai tahun 2018 dan akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Dengan adanya sistem tol MLFF, anda tidak perlu lagi memperlahankan kenderaan anda memasuki tol. Sensor sistem baru ini menggunakan RFID sebagai penghubung diantara kenderaan dan sensor pengesan tol. Teknologi MLFF bukan sahaja mampu memudahkan perjalanan kenderaan, bahkan ianya juga boleh digunakan untuk mengenalpasti pesalah di jalanraya, pengawalan trafik, dan juga pengawasan cukai jalan kenderaan.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek perintis bagi sistem terbabit telah dimulakan di Taman Teknologi Malaysia (TPM) bersama syarikat swasta dengan dana daripada Kementerian Sains, Tek­no­logi dan Inovasi (MOSTI).

Antara faktor yang menyebabkan kelewatan implementasi MLFF

Memerlukan perubahan dan pindaan undang-undang.
Memerlukan kerjasama dan persetujuan agensi-agensi kerajaan.
Memerlukan implementasi cukai jalan kenderaan beserta tag RFID.

Kebaikan Multi Lane Free Flow

Anda tidak perlu memperlahankan kenderaan memasuki tol.
Sistem yang sangat efisyen, digitalisasi, dan boleh mengelakkan fraud.
Pengurangan kos penyelenggaran dan pengurusan sistem tol.

Keburukan Multi Lane Free Flow

Pengurangan peluang pekerjaan
Memerlukan sistem yang sangat berkuasa tinggi dan diyakini bagi mengelakkan kesilapan teknikal justeru boleh menyebabkan kerugian.
Memerlukan sistem komunikasi rangkaian yang berkuasa tinggi bagi mengelakkan sistem offline.
Kos implementasi yang tinggi dalam penyediaan sistem dan infrastruktur.


Rujukan :

1. TheSunDaily

2. MOSTI

3. Mitsubishi Heavy Industries

4. Wikipedia MLFF

Sumebr : Iluminasi

Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi, Kali Ketiga Dalam Masa 40 Tahun (5 foto)

Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi, Kali Ketiga Dalam Masa 40 Tahun (5 foto)

ALGIERS – Fenomena alam unik sekali lagi berlaku apabila gurun Sahara di wilayah Aljazair, Algeria dilitupi salji paling besar sepanjang Ahad lalu, menurut laporan media antarabangsa.

Sahara yang diketahui merupakan kawasan paling panas di dunia, langsung berubah pada 7 Januari lalu apabila sebahagian daripada wilayah padang pasir tandus di utara benua Afrika tersebut dingin diselimuti salji amat tebal.

Lautan kristal putih turun memenuhi ruang sekitar bandar terpencil Ain Sefra, sekitar 760 kilometer sebelah selatan ibu kota Algiers dan ia lebih tebal berbanding senario salji kali pertama muncul di situ pada 19 Disember 2016 lalu.

Kali terakhir hujan salji pernah membasahi Ain Sefra, dengan hanya 35,000 penduduk di banjaran Atlas terletak di bahagian utara gurun Sahara itu ialah pada 18 Februari 1979 apabila salji membadai cuma selama setengah jam.

Namun, ini adalah kali pertama kota kecil itu mengalami tompokan salji yang cukup tebal dengan jangka waktu relatif lama malahan mencecah rekod suhu paling rendah iaitu – 10.2 darjah Celsius semasa musim sejuk kali ini.


Ain Sefra dikenali sebagai ‘Gerbang Gurun’ kerana mencatat suhu purata lebih 37 darjah Celsius pada musim panas. Feonomena kali ini menyaksikan salji setebal 45 sentimeter sekali gus mengejutkan warga di bandar tersebut.

Ia mulai turun pada awal pagi Ahad setelah sehari sebelumnya angin badai kuat melanda kawasan tersebut. Namun, salji pada kali ini hanya bertahan sehari apabila cair ketika suhu meningkat panas menjelang lewat petang itu.

“Kami sangat terkejut, kerana ketika bangun dari tidur kami dapat melihat salji yang bertahan lama hingga pukul 5 petang sebelum ia cair habis,” kata jurugambar Karim Bouchetata yang dipetik media antarabangsa semalam.

Akhir 2016 lalu, kota berkenaan julung kali dalam tempoh hampir 40 tahun diselimuti salji beberapa hari sebelum perayaan Krismas sehingga langsung mengakibatkan kekecohan dalam kalangan penduduk tempatannya sendiri.


Ramai penumpang bas awam terkandas lama apabila kenderaan itu tidak dapat bergerak akibat keadaan jalan yang menjadi amat licin. Apakah penyebab salji turun di Gurun Sahara ini? Ini jawapan badan meteorologi setempat:

“Udara dingin bergerak ke arah selatan dari kawasan Afrika Utara selama akhir minggu lalu akibat tekanan tinggi di benua Eropah. Ini mengakibatkan ia tersebar semakin jauh ke selatan, melebihi daripada keadaan normal.”

Ain Sefra secara kebetulan terletak pada ketinggian 1,000 meter dari permukaan laut serta dikelilingi Pergunungan Atlas sepanjang 2,500 kilometer merentasi Maghribi, Algeria dan Tunisia yang menghadap Laut Mediterranean.

Sementara itu, gurun Sahara yang menutupi sebahagian besar wilayah utara Afrika sebenarnya telah mengalami proses perubahan suhu ke arah lebih rendah dan paras kelembapan tinggi selama beberapa ratus tahun terakhir.

Meskipun Sahara ketika ini merupakan kawasan yang amat kering dan tandus di dunia, ia dijangka bakal kembali ‘hijau’ dengan dipenuhi banyak pokok dalam tempoh 15,000 tahun akan datang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber; http://www.mynewshub.cc

Ajal tragis ibu 4 anak pulang kerja.. Kak Ja terjatuh dari motor digilis kenderaan berat

Ajal tragis ibu 4 anak pulang kerja.. Kak Ja terjatuh dari motor digilis kenderaan berat

Ajal tragis ibu 4 anak pulang kerja.. Kak Ja terjatuh dari motor digilis kenderaan berat – Kuala Ketil : Kak Ja baru sahaja keluar dari Kilang tempat kerja nya lebih kurang 400 meter perjalanan nya ajal menjemput nya.

Kak Ja atau Norsafariza Ismail, 35, maut apabila tercampak ke tengah jalan selepas motosikalnya melanggar guni berisi plastik dalam kemalangan di Jalan Kulim-Kuala Ketil berdekatan Kampung Batu Pekaka, Kuala Ketil, Baling, malam semalam sebelum di gilis kenderaan berat didalam keadaan jalan yang gelap.

Mangsa berasal dari Padang Buloh, Jalan Hospital Kulim, Kulim maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ajal tragis ibu 4 anak pulang kerja.. Kak Ja terjatuh dari motor digilis kenderaan berat….
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja di sebuah kilang di Kuala Ketil.

Katanya, mangsa menunggang motosikal Honda Wave dipercayai terlanggar guni berisi plastik di atas jalan di tempat kejadian.

“Akibat itu, motosikalnya terjatuh di bahu jalan, manakala mangsa tercampak di tengah-tengah jalan dan mati akibat kecederaan parah ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis masih menyiasat kejadian termasuk mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan,” katanya.

Suami arwah dan 4 anak diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa Kak Ja suasana pilu menimpa keluarga ini memandangkan anak bongsu mangsa baru berusia 2 tahun.

Hasil perkahwianan mangsa dan suami mereka dikurniakan 4 cahaya mata lelaki berusia 15,11,6 dan 2 tahun semoga anak-anak ini tabah mereka kehilangan ibu tersayang akibat kecuaian orang lain. Al fatihah. – www.accidentportal.com

Sumber : sehinggit